Rahsia Vitamin Pengedar Shaklee Anda

Rahsia Vitamin Pengedar Shaklee Anda

Korang pernah dengar tak, “Supplemen ni MAHAL masa sihat dan MURAH masa sakit.” Maksudnya, bukanlah kata kalau korang jatuh sakit pengedar shaklee kasi harga murah. Tak… Harganya masih tetap sama. Cuma bila korang jatuh sakit, percayalah korang akan sanggup keluar beratus ringgit malah ribuan ringgit semata-mata mencari penawarnya.

Jangan jadi macam tu. Mencegah lebih baik dari mengubat. Spendlah sikit duit anda untuk kesihatan diri dan keluarga. Kalau korang boleh spend duit untuk bayar bil Astro, makan kfc, pizza tiap2 minggu, why not keluarkan sket duit beli Vitamin C ker Multi-Vitamin ker. Murah jer pun…

Tahun ni merupakan tahun ke-5 saya dan isteri menjalankan bisnes Shaklee secara serius. Saya percaya pada Shaklee kerana produknya yang berkesan dan berkualiti (tak tipu).

Saya percaya ramai yang dah mencuba dan ramai yang dah mengalami perubahan yang positif selepas menggunakan produk Shaklee secara konsisten. Dan masih ramai yang belum mengetahui keberkesanan produk Shaklee.

Menjadi ahli Shaklee tidak semestinya anda adalah wakil penjual Shaklee. Saya menggalakkan kawan-kawan menjadi ahli Shaklee supaya korang boleh mendapatkan produk Shaklee dengan harga ahli seperti kami.

Bisnes MLM Shaklee tidak seperti bisnes MLM lain. Kami tidak mendapat apa2 keuntungan semata-mata dengan merekrut orang baru. Konsep rekrut bagi saya sebagai pengedar Shaklee adalah melantik pengedar baru untuk menjadi wakil penjual seperti saya. Ia diumpamakan seperti membuka ‘kedai’ yang baru.

Untuk menghasilkan kedai yang maju, penjaga kedai perlulah melalui fasa pembelajaran dan memerlukan komitmen masa dan mengeluarkan sedikit modal. Mana ada bisnes tanpa modal kan…kan..kannn.

Saya bertanggungjawab untuk melatih semua wakil Shaklee saya sekiranya mereka berminat untuk menjadi wakil pengedar saya. Saya dibayar oleh Shaklee berdasarkan pencapaian mereka.

Kebanyakan ‘sharepartner’ Shaklee saya bermula dengan modal yang rendah dan sedikit demi sedikit berjaya meningkatkan modal pusingan masing-masing.

Bisnes Shaklee ni bolehlah saya ibaratkan sama seperti menjual insurans. Kalau agen insuran menyediakan jaminan kewangan semasa anda SAKIT supaya anda boleh sihat. Kami pula menyediakan peluang untuk anda hidup dengan lebih sihat semasa anda SIHAT (supaya korang tak mudah jatuh sakit ler). Jangan marah yer agen insuran.