Rahsia Vitamin dan Supplemen Untuk Kesuburan

Rahsia Vitamin dan Supplemen Untuk Kesuburan

Perkara asas dalam meningkatkan kesuburan ialah kesihatan tubuh badan. Badan yang sihat pastinya boleh menghasilkan benih-benih yang sihat. Saya sharekan Vitamin dan Supplemen Untuk Kesuburan yang perlu diambil jika ini adalah pilihan anda selain memakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar secukupnya.

Vitamin dan Supplemen Untuk Kesuburan

 

Vitamin Asas
(1) Vita-Lea (Multivitamin)
(2) Vitamin C
(3) B-Complex

Vita-Lea, B-Comp dan Vit-C adalah vitamin asas dan tunjang utama untuk kesihatan badan.

Rahsia Vitamin Untuk Tingkatkan Kesuburan

(4) Vitamin E
Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan juga wanita.

(5) Zink
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose Nucleid Acid).

(6) Alfalfa
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala haid (makan alfalfa bersama kalsium) dan turut membantu dalam hubungan intim suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

(7) ESP (Protein) – Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.

(8) GLA Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum).

Di samping itu. kurangkan minum dan makan dari sumber kafein sekiranya anda penggemar kopi, berhenti merokok dan berendamlah dengan air sejuk, kerana berendam air panas boleh merencatkan penghasilan sperma.

Sila dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda mahu mengambil sebarang ubat untuk subur atau menjalani rawatan kesuburan. Saya doakan pasangan suami isteri yang sah dipermudahkan untuk mendapatkan cahaya mata dan bahagia bersamanya 🙂