Shaklee Offer

Rahsia Vitamin B dalam B-Complex Shaklee

Rahsia Vitamin B dalam B-Complex Shaklee

Kali ini saya nak kongsi rahsia & khasiat 8 jenis vitamin B yang terkandung dalam Vitamin B-Complex Shaklee. Sebelum itu mari kita lihat antara fungsi B-Complex adalah seperti berikut:-

35d096aa8f2115ccf1703caabc60cf2c
 Selain dari itu, B-Complex juga berfungsi untuk:-
  • menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga
  • meningkatkan fokus dan tumpuan berfikir
  • mengelakkan penyakit beri2 akibat kekurangan vitamin B
  • menggalakkan pertumbuhan
  • penting untuk sistem saraf
  • anti stress dan tekanan
  • meningkatkan antibodi tubuh
  • penting untuk sintesis dan aktiviti sel
  • diperlukan untuk penghasilan hemoglobin (sel darah merah)
  • mencegah anemia
  • memberikan tenaga
  • penting untuk metabolisma lemak,protin dan karbohidrat
  • amat penting untuk penghidap kencing manis/diabetes untuk membantu penukaran gula kepada tenaga
  • mengelakkan kecacatan pada bayi dalam kandungan (terutama spina bifida)
  • mengurangkan kolesterol
  • meningkatkan selera makan

Kita memerlukan kesemua Jenis Vitamin B iaitu:-

1.  Tiamin(Vitamin B1)

  • Menolong memelihara kesihatan badan.
  • Membantu di dalam tumbesaran yang normal.
  • Membantu badan dalam metabolisme karbohidrat.
  • Diperlukan untuk bebaskan tenaga daripada karbohidrat.

2.  Riboflavin(Vitamin B2)

  • Memelihara kesihatan badan.
  • Membantu badan menggunakan tenaga daripada makanan/memetabolismekan protein, lemak dan karbohidrat.
  • Penting untuk kehamilan dan penyusuan apabila pengambilan harian makanan tidak mencukupi.

3.  Niasin(Vitamin B3)

  • Memelihara badan yang sihat
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan yang normal
  • Menolong badan dalam penggunaan tenaga daripada makanan
  • Diperlukan untuk bebaskan tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat

4.  Piridoksin(Vitamin B6)

  • Membantu dalam pemeliharaan kesihatan badan
  • Menolong badan dalam metabolisme protein, lemak dan karbohidrat

5.  Sianokobalamin(B12)

  • Membantu memeliharan kesihatan badan
  • Membantu dalam pembentukan sel darah merah
  • Diperlukan untuk penghasilan sel darah merah

6.  Asid folic

  • Membantu di dalam pembentukan sel darah merah.
  • Membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk mengandung sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan dos 400mikrogram diperlukan sehari.
  • Perlu untuk tumbesaran dan pembahagian sel-sel.

7.  Biotin

  • Membantu dalam pemeliharaan badan yang sihat.
  • Membantu badan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat.

 

Sebab itulah B-Complex ini sangat disyorkan kepada ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Sumber semulajadi vitamin B-complex ialah sayuran hijau, kekacang.

Kalau anda ingat, setiap kali kita menjalani pemeriksaan semasa mengandung di klinik kerajaan, kita pasti akan dibekalkan dengan asid folic, vitamin b, vitamin c dan iron tablet kan? (Asid folic & vitamin b terdapat dalam 1 tablet B-Complex Shaklee, manakala iron pula terdapat dalam 1 tablet Vita-Lea aka Shaklee Multivitamin.)

B-Complex Shaklee

Haa…dalam 1 tablet vitamin B-Complex Shaklee bukan sahaja mengandungi acid folic, malah 7 jenis vitamin B yang lain. Hebat kan?

Di dalam B-Complex terdapat asid folic, B6 dan B12 menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular dan membantu merendahkan paras hormosistein dalam darah.

Jumlah asid folic yang mencukupi dalam pemakanan pula boleh merendahkan risiko seseorang wanita melahirkan anak yang mempunyai kecacatan otak atau korda spina.

*Asid folic, iaitu sejenis vitamin B yang penting, tidak dapat diserap dengan mudah namun Shaklee telah menghasilkan suatu selapur asid folik yang unik untuk menjadikan zat tersebut lebih mudah diperolehi dan digunakan dalam badan. Teknologi berpaten ini adalah eksklusif bagi produk Shaklee.