Rahsia Disiplinkan Diri Makan Supplemen

Rahsia Disiplinkan Diri Makan Supplemen

Rasanya kita dah terbiasa dengar alasan seperti bawah kan. Itulah antara jawapan standard yang saya selalu dengar dari mereka yg mungkin tak suke atau liat nak makan vitamin/suplemen. Rahsia Disiplinkan Diri Makan Supplemen.

“Saya ni jenis payah sikit nak mkn vitamin2 ni..”
“Ala…dah berapa hari tak mkn suplemen.. Asyik terlupa je… Cemana nak disiplin ni..”
“Kat rumah tu penuh lagi botol-botol vitamin tu.. Tak luak…Terlupa nak mkn.. hehe”

Saya nak share di sini hasil tulisan Kak Norita tentang bagaimana nak hadirkan istiqamah atau disiplin dlm mkn supplemen.. Sangat menarik & sangat senang difahami. Jom kita tumpang baca sekejap.

Rahsia Disiplinkan Diri Makan Supplemen


Bila kita seronok kepada sesuatu… ia membangkitkan rasa agar kita berdisiplin untuk melakukannya.

Sebagai contoh cerita ini: En Asbab membelikan isterinya krim anti selulit dan betapa gembiranya puan Asbab menerima hadiah pemberian suaminya…lantas puan Asbab menyatakan kepada suaminya bahawa beliau akan memakai krim
itu setiap hari.

Dari sehari ke sehari tanpa disedari dah seminggu Puan Asbab seronok menggunakan krim yang dihadiahkan oleh En Asbab tadi.
Namun selepas seminggu semangatnya mula pudar…Puan Asbab selalu sahaja lupa untuk menggunakan krim tersebut.

Sehinggalah En. Asbab menegur…

“Baby, u guna kan krim yang i belikan?”

Sebelum menjawab  Puan Asbab tersenyum seketika dan menjawab…

“Guna tapi sejak this week i tak sempat, asyik lupa jek dear”.

En Asbab menjawab lembut;

“Pakailah…i belikan sebab i nak u cantik”.

Puan Asbab hanya tersenyum namun dalam hatinya beliau mula terdetik…

“Alamak…kena pakai ni kalau dak mesti aku nampak tak cantik kat matanya….worst case nanti dia
mula pandang pada yang lain pulak.”

Sejak dari teguran itu, Puan Asbab menjadi seorang yang disiplin dan istiqamah. Beliau cuba mencari punca mengapa beliau sering terlupa untuk memakai krim tersebut. Rupanya kerana krim tersebut di simpan di dalam almarinya dan beliau membuat keputusan untuk meletakkan krim tersebut di dalam bilik mandinya agar beliau sentiasa beringat untuk memakainya selepas mandi.

Setiap kali selepas mandi, akan hadir dalam hatinya….”ish kena pakai krim anti selulit ini supaya kulit aku nampak cantik dan suami aku tahu aku menghargai hadiahnya ini”. Secara tidak langsung Puan Asbab menjadi seorang yang istiqamah dalam menjaga ketrampilan dirinya di mata suaminya.

Melalui cerita di atas… saya cuba membuat kesimpulan, istiqamah itu akan hadir apabila kita tahu kepentingan
amalan yang kita lakukan. 

Saya pernah menemui seorang yang cukup baik dalam amalannya. Beliau adalah seorang yang sangat suka berpuasa. Kebanyakan hari dalam hidupnya beliau berpuasa dan mengaji. Sehingga bila ditanya mengapa beliau sangat suka berpuasa, jawapan yang
keluar ialah….

“Aku amat takut jika aku menjadi hamba Allah yang lupa padaNya. Berpuasa membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberiNya. Aku juga takut nikmat yang diberiNya ditarik semula…maka zikrullah membuatkan aku sentiasa mensyukuri pemberianNya”.

Sama  lah dengan ibu yang menyusu…mereka yang istiqamah mengepam dengan konsisten adalah mereka yang mempunyai matlamat yang jelas…mereka ini adalah golongan yang khuatir susu akan kering bila tidak mengepam. Maka kehadiran peringatan inilah yang membuatkan seseorang ibu itu berdisiplin untuk mengepam.Ibu-ibu yang mempunyai jadual yang konsisten
adalah mereka yang mempunyai minda yang sentiasa alert dan mereka mempunyai semangat yang kuat untuk menyusukan anak mereka.

Golongan ini tidak mencari alasan untuk tidak mengepam. Mereka tidak kenal erti penat. Bila disarankan minum lebih 3 liter air, tiada rungutan yang keluar dari mulut mereka. DOA menjadi pengharapan terbaik pada yang Esa agar rezeki anak dengan susu ibu itu berterusan. Sesungguhnya istiqamah adalah amalan yang paling disukai Allah …bermaksud, biar sedikit namun berterusan

Maka buat semua ibu, janganlah memberi alasan , “saya tidak mengepam kerana breast tidak bengkak”. Teruskan perahan yang konsisten walaupun hasilnya mungkin sedikit tetapi yakinlah dengan izin Allah susu yang sedikit itu penuh dengan keberkatan sehingga anak kita kenyang dengan hasil perahan tersebut. Pentingkan kualiti nutrisi dalam hasil perahan tadi.

Jangan terlalu mengejar kepada kuantiti. Jika rasa mood down atau putus asa…cepat2 bacalah istighfar banyak-banyak. Astaghfirullah hal azim…bacalah sebanyak mungkin agar terhapus dosa2 kecil yang membuatkan penyakin malas atau putus asa datang….Supaya hati kita sentiasa tetap…cuba minum segelas air setiap kali hadirnya perasaan marah, sedih atau kecewa.

Pengambilan segelas air inilah yang membantu pengaliran darah yang baik dan membuatkan kita sihat tubuh badan serta emosi tadi.Banyakkan membaca kisah kisah ibu yang berjaya agar ianya menjadi pembakar semangat serta dorongan untuk terus menyusukan anak.

Sesungguhnya akhir zaman ini penuh dengan penyakit yang pelbagai, menyusukan anak ialah sebagai satu langkah membekalkan mereka dengan antibodi yang terbaik. Teruskan usaha…ada ramai ibu diluar sana yang tidak dapat menikmati penyusuan susuibu, maka bagi yang sedang menyusu, teruskan usaha jangan putus asa.

Selain itu jangan lupa memperbanyakkan amalan murah rezeki seperti zakat, solat2 sunat, sedekah jariah dan basahilah lidahmu dengan zikrullah….agar nikmat dan rezeki yang dikurniakan sentiasa berterusan insyaAllah.


So lepas ni takde alasan terlupa nak makan ikut jadual lagi yer…insyaallah…kita kayuh perlahan-lahan…lama2 nanti kita akan terbiasa dan akan rasa kekok pula jika sehari tak makan vitamin…percayalah!