Question & Answer

rahsiavitaminShakleecarcashconference-1
Terima kasih kerana melayari website rahsiavitamin.com. Berikut adalah antara soalan- soalan yang sering saya terima tentang Shaklee:-


[Q] Kenapa di sini jarang sekali mempromosikan keahlian Shaklee (tak ajak customer jadi member Shaklee)?

[A] Tujuan asal saya ialah untuk berkongsi khasiat dan keistimewaan produk Shaklee kepada anda semua. Kenapa? Sebab saya dah jadi pengguna, sangat berpuas hati, dan barulah yakin menjadi ahli seterusnya berkongsi dengan anda.

Saya tidak mahu menjadi individu yang mementingkan duit sahaja, promote membership sana sini, jual produk berpuluh ribu, tapi produk tak makan pun. Hanya mengejar $$$ semata-mata.

Saya juga tidak mahu anda berasa takut untuk membeli produk Shaklee dari saya untuk kali kedua, kerana khuatir “di paksa rela” oleh saya untuk menjadi ahli. Ingat, saya juga customer Shaklee seperti anda juga..


[Q] Betul ker Shaklee nie MLM? Isk, boleh percaya ker?

[A] Betul. Namun, terus terang, saya sendiri juga agak kurang senang mendengar perkataan “MLM”. Ini juga salah satu sebab mengapa saya tidak akan terus approach anda untuk menjadi ahli kerana bimbang anda akan menolak Shaklee mentah-mentah walaupun belum pernah mencuba & merasai kehebatan produk Shaklee.

Saya yakin, ramai yang “allergic” mendengar perkataan “MLM”, betul tak? Saya juga pernah begitu, dan masih ada segelintir rasa kurang senang apabila mendengar perkataan “MLM” ini.

 Namun, Shaklee telah merubah perspektif saya tentang konsep “MLM”. Tak semua “MLM” itu buruk. Yang penting, Shaklee tidak akan menyusahkan ahlinya sekiranya tak mencapai target untuk bulan-bulan tertentu.

What you struggle, is what you get. Anda juga boleh menjadi lebih berjaya dari upline anda. Bukan selamanya anda di bawah upline. Adil, bukan? Yang pentingnya Shaklee ialah syarikat MLM yang sah dan berdaftar di Malaysia. Bukan sekadar MLM ala-ala skim cepat kaya. Ok kan?

[Q] Saya nak jadi ahli Shaklee, supaya saya dapat beli dengan harga murah. Camner ekk?

[A] Jika anda membeli untuk kegunaan diri anda, kaum keluarga, sahabat handai dan kenalan yang lain, saya amatlah menggalakkan anda menjadi ahli. Ianya sangat berbaloi buat anda! Jangan bimbang!! Saya akan berikan guidance yang secukupnya kepada anda. Anda hanya perlu bayar rm65 tue (rm75 campur penghantaran) untuk keahlian selama setahun.


[Q] Saya sukalah dengan produk Shaklee. Memang sangat berminat nak jadi ahli. Bagaimana?

[A] Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Jangan segan atau malu untuk email saya di mypetiteshoppe[@]gmail.com. ATAU SMS/WA 019-72000429.  Saya akan terangkan dengan lebih lanjut.

Secara umumnya, anda perlu bayar rm75 untuk bayar keahlian sahaja. SEKALI seumur hidup, dan akan mendapat keahlian percuma untuk setiap pembelian pakej penuh yang melebihi rm660. Tak perlu maintain apa-apa pembelian, beli ajerlah apa yang anda perlukan.


[Q] Apa kelebihan menjadi ahli Shaklee?

[A] Ada banyakkkkk! Yang utama ialah 3C – Cash, Convention and Car! Ada peluang nak buat umrah juga. Bonus Shaklee diperolehi di tengah-tengah bulan. Jadi, di saat orang lain dah monyok poket kering kontang, kita boleh senyum gembira. Insya Allah. Yang penting rajin berusaha.


[Q] Berapa banyak modal nak mulakan bisnes Shaklee?

[A] Selain dari membayar membership fee, anda boleh bermula dengan 0 sen (tanpa modal!). Tak perlu bergodok bergadai, atau apply Personal Loan. Jangan teruskan jika ada MLM yang memaksa anda berbuat begitu, kerana nanti anda juga yang merana (kalau bisnes tak menjadi lah).

Yang penting, ada kemudahan network dan ada internet banking untuk mudahkan urusan. Saya akan sentiasa berikan guidance. Tak perlu susah payah mesyuarat di kedai kopi untuk timba ilmu, sekarang segala info ada di hujung jari anda. Klik! Klik! Klik!.

Cuma sekali sekala Shaklee akan adakan meeting/training. Mungkin dalam 2~3 bulan sekali. Boleh join utk tambahkan ilmu di dada.Yang penting, rajin berusaha, berdoa dan bertawakkal. Hubungan dengan Allah, dan hubungan sesama manusia juga perlu dijaga. Insya Allah.

 

Kepada yang sedang mencari side income, terutama suri rumah sepenuh masa seperti saya, jom sertai kami. Namun, saya lebih suka jika anda sudah mencuba dan merasai kebaikan produk Shaklee, sebelum anda bercadang untuk ‘turun padang’, ya.

Jangan lupa, hubungi saya di mypetiteshoppe[@]gmail.com ATAU SMS/WA 019-720 0429. Untuk maklumat lebih lanjut tentang cara-cara menjadi ahli Shaklee, KLIK SINI.