Punca-punca Jeragat Muncul Di Muka Anda

Punca-punca Jeragat Muncul Di Muka Anda

Jeragat adalah masalah kulit yang biasa  kita dengar. Tetapi masih ramai yang tidak mengetahui apa punca jeragat terhasil dan bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengatasinya.

Punca-punca Jeragat Di Muka Anda

Jeragat ialah tompok-tompok kecoklatan yang timbul pada muka. Kebiasaannya jeragat akan timbul di bahagian;

  • pipi
  • hidung
  • dahi
  • dagu
  • bahagian bibir sebelah atas

Jeragat juga boleh muncul di bahagian yang selalu terdedah kepada cahaya matahari.

Cara yang biasa untuk mengatasi jeragat ialah dengan menggunakan “sun-block/sun-screen”. Ini bermakna anda perlu menyapunya setiap hari malah setiap dua jam. Sanggup???

Sebenarnya “sun-block/sun-screen” sahaja tidak cukup unutk memberikan perlindungan seperti yang kita harapkan. Malah pakar kulit juga menyarankan  kita supaya mengenakan topi yang lebar (seperti topi kebun) apabila kita berada diluar rumah.

Makanan terbaik untuk mengatasi jeragat adalah pemakanan yang bersifat anti-oksidan dan pemakanan yang mengandungi astaxanthin yang mampu memberikan perlindungan kepada kulit dari sinaran UV.

 

Golongan Yang Mudah Kena Jeragat

Wanita adalah merupakan golongan yang mudah untuk menghadapi masalah ini berbanding lelaki. Mengikut kajian, kebarangkalian orang lelaki untuk mendapat jeragat hanyalah 10%.

Orang-orang yang mempunyai kulit yang ‘sawo matang’ seperti orang Latin, Afrika Utara, Afrika-Amerika, Asia, India, Timur Tengah dan orang Mediterranian adalah golongan yang mudah unutk mendapat Jeragat. Mereka yang mempunyai keturunan Jeragat juga mempunyai kebarangkalian untuk mendapat jeragat.

Punca-punca Jeragat

Punca-punca yang menyebabkan Jeragat adalah masih tidak jelas. Ianya terjadi apabila sel yang menghasilkan warna kulit (Melanocytes) menghasilkan warna yang berlebihan.

Mereka yang mempunyai kulit yang agak ‘gelap’ adalah mudah mendapat jeragat. Ini kerana mereka mempunyai Melanocytes yang aktif berbanding mereka yang berkulit cerah. Punca-punca yang kebiasaanya menyebabkan jeragat ialah:

  • Terdedah Kepada Cahaya Matahari: Sinaran UV dari matahari akan merangsang Melanocytes. Sedikit cahaya matahari sahaja sudah cukup untuk Melanocytes menghasilkan jeragat.  Ini adalah sebab kenapa kita sengan untuk mendapat jeragat berulang-ulang kali.
  • Perubahan Hormon: Kebiasaanya, jeragat akan muncul semasa tempoh kehamilan akibat ketidak-seimbangan hormon. Jeragat yang muncul semasa tempoh kehamilan dipanggil Chloasma. Pengambilan pil perancang dan hormon juga boleh mencetuskan penghasilan jeragat.
  • Kosmetik: Produk kecantikan kulit yang boleh menyebabkan iritasi kepada kulit juga boleh memburukkan keadaan jeragat yang sedia ada.