Punca Anda Jadi Lemah Lembik

Punca Anda Jadi Lemah Lembik

Tidak Bertenaga? Apakah Sebab-Sebabnya? Apakah yang menyebabkan Anda Jadi Lemah Lembik.

Punca Anda Jadi Lemah Lembik

 

Punca-punca anda hilang tenaga:

1) Tidak Bersenam 

  • Duduk dalam satu posisi terlalu lama walaupun tengok tv, tubuh menyamakan duduk diam sebagai tido.

Penyelesaian: Lakukan regangan sekerap mungkin, bangun dan berjalan.

 

 2) Postur Tubuh Yang Buruk

  • Bongkok ke depan atau duduk bersandar di kerusi menyebabkan penjajaran tulang belakang menjadi tidak betul.
  • Banyak tenaga diperlukan untuk membetulkan posisi anda.

Penyelesaian: Kepala perlu berada berada dalam keadaan lurus dengan badan anda. Telinga perlu berada betul-betul di atas bahu.

 

3) Diet Pantas

  • Pengambilan kalori yang rendah menyebabkan anda berasa lebih letih dan jangka masa panjang boleh menjejaskan kesihatan.

Penyelesaian: Turunkan berat badan secara sihat dengan mengurangkan makan makanan yang manis dan mengurangkan saiz hidangan.

 

4) Pengambilan Sarapan Bijirin Yang Manis

  • Menyebabkan kadar penyerapan gula yang pantas.
  • Tetapi kadar gula akan menurun dengan cepat selepas beberapa jam dan menyebabkan anda berasa cepat lebih.

Penyelesaian: Mengambil sarapan yang tinggi serat dan rendah gula dan garam seperti bubur nasi (masak sendiri) + susu + madu + hirisan buah + telur dan roti gandum.

 

5) Sentiasa Berasa Bimbang

  • Tekanan darah akan meningkat, otot akan menjadi tegang, dan menyebabkan keletihan dan kesakitan.

Penyelesaian: Hadkan masa untuk memikirkan kebimbangan anda. Pada masa yang sama cari tip mudah untuk melegakan stres anda.

6) Terlalu Banyak Bersenam

  • Bersenam terlalu banyak terutamanya kepada anda yang baru ingin mencuba dan cuba mendapatkan kembali bentuk badan idaman.

Penyelesaian: Berhenti sehari selepas melakukan senaman berat. Tetapi jangan rehat lebih dari 2 atau 3 hari kerana kemungkinan besar anda terus tidak bersenam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.