Puasa Kenderaan Titian Sirat

ByRV Master

Puasa Kenderaan Titian Sirat

Salam Ramadhan Bulan Barakah

Assalamualaikaum semua pembaca RahsiaVitamin.com. Salam Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad (SAW). Bersempena dengan bulan yang mulia ni tak sah kalau tak diisikan dengan ilmu-ilmu dan kuliah-kuliah yang bermanfaat. Bawah nie saya selitkan sedikit pengisian ringkas berkaitan puasa – Puasa Kenderaan Titian Sirat . Semoga ianya bermanfaat.

amalan-soleh-di-bulan-ramadhan

 

Puasa Kenderaan Titian Sirat

Kalau dari Johor nak ke KL, kereta apakah yang akan menjadi pilihan hati. Adakah kita akan memandu kereta Proton, Honda, Toyota, BMW, Merc, kereta yang penuh minyak, ataupun kereta yang roadtax dah nak tamat tempoh ataupun kereta yang awalnya boleh start, tapi mati ditengah jalan.

Adakah kenderaan yang kita pilih nanti boleh membawa kita sampai ke DESTINASI yang kita inginkan dengan cepat dan selamat.

Tahukah kita, bahawa kita juga akan memerlukan ‘kenderaan’ ketika kita meniti titian sirat. Kenderaan kita pada masa itu ialah PUASA.

Mampukah kenderaan puasa kita ini membawa kita melintasi neraka Allah dengan selamat? Mampukah kenderaan puasa kita ini menjadi perisai kepada SAMBARAN API NERAKA?

Puasa Kenderaan Titian Sirat

Apakah taraf dan tahap kita berpuasa hari ini? Adakah kita hanya berpuashati dengan tahap berpuasa ‘orang BIASA-BIASA’ sahaja? Adakah kita redha dengan kenderaan yang ‘BIASA-BIASA’ sahaja?

Kalau nak menghayati Ramadhan, tiap-tiap hari, jangan lupa 3 perkara:

1) Bersedekah
2) Solat terawih dan witir
3) Membaca dan menghayati Al-Quran.

Kalau tak mampu mengajar, kita belajar. Kalau tak ada rezeki, kita cari rezeki. Kalau dah ada rezeki, bersedekahlah. Sesungguhnya, semua yang baik datangnya dari Allah.

Intipati Kuliah Subuh. Peringatan untuk diri sendiri. Share jika bermanfaat.

About the author

RV Master administrator

1 Comment so far

NORIZA BINTI ABDUL RAHMANPosted on2:58 pm - Jun 19, 2017

Semoga mendapat keberkatan ramadan di bulan yang mulia ni.
NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN recently posted…Bahaya Tersembunyi Di sebalik Manisnya Gula!My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.