Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pizza Ala Jepun Yang Sedap

Pizza Ala Jepun Yang Sedap

Walaupun dah lebih sepuluh tahun kami tinggalkan Jepun, namun segala kenangan hidup diperantauan masih segar dalam ingatan. Terutamanya makanan-makanannya. Contohnya Onigiri, Udon, Soba, Takoyaki, Pasta dan Pizza ala Jepun, dan yang paling famous SUSHI. Pun begitu, kalau nak rasa yang original, kenalah datang ke Jepun. Pasti peminat makanan dari negara matahari terbit ni akan terbuntang biji matanya. Tak tau nak order yang mana. Banyak pilihan sushi yang berasaskan ikan selain sushi ikan salmon.

spaghetti-pescatore

Okkaylah entry kali nie sebenarnya bukan nak bercerita pasal makanan tradisi jepun, tapi makanan ala barat yang dijepunkan. Kali ni kita bercerita pasal Pizza ala Jepun yang sekali makan pasti ingat sampai bila-bila. Ada antara menu pizza yang special yang muncul hanya pada musim tertentu.

‘Not My Taste’

Lain orang, lain citarasanya. Bagi saya, saya suka pizza yang nipis-nipis, keras-keras sikit rotinya, kurang cheese dan ada asparagus yang segar-segar. Cerewet tak saya? Mungkin sebab dah pernah makan pizza ala jepun yang ‘OISHIIII’ tu, jadi pizza Malaysia dah jadi ‘kureng’ sket. Jangan marah yer. Kalau pergi Pizza Hut, selalunya saya akan order pizza yang jenis hand stretch. Yang roti tebal semangkuk tu memang tak pandang.

Seafood Pizza

Seafood Pizza

Tengok pizza atas tu mengancam jiwa tak. Lain kan pizza Malaysia berbanding Pizza kat Jepun. Seafood pizza kat Malaysia memang jauh bezanya dengan Seafood Pizza kat Jepun. Jepun mempunyai hasil laut yang ‘MERIAH’ berbanding negara kita, so tak hairanlah kalau menu makanan berasaskan seafood diorang lagi ‘kaw’ berbanding kita di Malaysia.

Resepi Pizza

Rasa roti pizza kat Jepun mungkin tak banyak bezanya berbanding dengan roti pizza di Malaysia. Yang membezakan adalah topping nya. Kebanyakan topping pizzanya simple dan tak terlalu ‘crowded’ dengan cheese, ada sayuran hijau, CANTIKKKK di dalam gambar dan CANTIKKKKK pada yang sebenarnya. Sesetengah resepinya ada yang bermain dengan rasa mayonis. Kalau nak tau macamana rasanya, cubalah sendiri.

pizza-doh

Resepi  Pizza Heart Special

Pizza Ala Jepun Special heart

Bahan-bahan Doh (Untuk 3 keping pizza bersaiz 20cm)

300g – Tepung gandum
1     Sudu teh (3g) – Dry Yis ( Boleh guna Mauri-pan)
1/2 Sudu besar (5g) – Gula
1/3 Sudu teh (1.8g) – Garam
2     Sudu besar (20g) – Olive Oil
150 ml – Air

Bahan-bahan topping

1 biji – Bawang Holland (dipotong dadu)
1 tin kecil – Jagung (ditoskan)
2 tin – tuna in olive oil (ditoskan)
1 tin kecil – cedawan butang (dihiris halus)
4 sudu besar – Mayonis
Sos pizza
Parmesan cheese

Cara-cara membuat Doh Pizza

Saya syorkan anda mengunakan mixer yang ada fungsi untuk menguli doh. Kebanyakan mixer yang digunakan untuk membuat kuih adalah tidak  sesuai untuk menguli doh pizza. Ataupun guna periuk ‘Breadmaker’.

  1. Masukkan semua bahan-bahan diatas ke dalam mixer / breadmaker.
  2. Tunggu sehingga adunan siap diuli dan tidak melekat.
  3. Setelah selesai diuli, keluarkan dan masukkan kedalam bekas yang besar sedikit dari saiz doh.
  4. Tutupkan dengan plastik ‘Wrapping’ dan tinggalkan selama lebih kurang 1 jam.
  5. Jangan letakkan di tempat yang sejuk. Suhu yang suam boleh membantu doh anda mengembang dengan jayanya.
  6. Bahagikan 3 bahagian. Leperkan 1 bahagian doh anda menjadi bentuk dan ketebalan yang anda suka. Tebalkan sedikit di bahagian tepi.
  7. Taburkan tepung sedikit atas dulang bakar dan letakkan doh pizza yang telah dileperkan.
  8. 2 bahagian doh lagi boleh leperkan dan bungkus menggunakan plastik wrap. Simpan dalam peti ais untuk dimasak lain kali.

Cara-cara membuat topping

  1. Campurkan tuna, jagung, 1/2 bahagian cendawan butang dan mayonis. Gaul sehingga rata dan asingkan.
  2. Sapukan sos pizza keatas doh.
  3. Taburkan bawang holland dan 1/2 cendawan butang ke atas doh.
  4. Taburkan cheese sebanyak mana yang anda suka.
  5. Scoopkan campuran no.1 dan letakkan seperti yang anda tengok kat dalam gambar di atas.
  6. Panaskan oven dan bakar pada suhu 250 degree selama 8 minit atau sehingga sehingga cheese berwarna perang.

Siap sudah. Simple saja kalau semua bahan dan peralatan ada. Selamat mencuba.

One Response
  1. Noriza Rahman 2 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.