Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Petua Di Musim Demam, Batuk dan Selsema

Petua Di Musim Demam, Batuk dan Selsema

Musim tengkujuh dan tiba. Perasan tak anda orang disekeliling anda dah mula batuk-batuk, selsema dan ada yang demam. Walaupun negara kita bukan negara 4 musim, ternyata perubahan suhu sekeliling dari panas ke sejuk akibat hujan berpanjangan juga boleh mempengaruhi kesihatan kita dan anak-anak. Nak tahu Petua Di Musim Demam, Batuk dan Selsema ?

Petua Di Musim Demam, Batuk dan Selsema

Tips-tips kesihatan dan kebersihan mestilah dititik beratkan untuk mengelakkan virus-virus selsema mengjangkiti ahli keluarga kita.

  • Pemakanan yang sihat dan seimbang perlu diambil perhatian supaya sistem pertahanan badan kita berfungsi sepenuhnya. Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan (seperti oren/limau) dan sayur-sayuran (sayuran hijau) untuk memastikan badan mendapat vitamin-vitamin yang membantu menguatkan immuniti badan di samping kulit jadi lebih cantik dan segar.
  • Pengambilan supplemen juga boleh membantu badan kita untuk lebih imun terhadap serangan-serangan virus-virus penyakit seperti selsema, batuk dan demam.
  • Jadikan air kosong/air suam sebagai minuman kegemaran anda setiap masa. Kurang pengambilan makanan dan minuman ringan yang boleh melemahkan sistem imun anda.

Petua untuk melegakan selsema, batuk, demam dan sakit tekak

Selsema

  • Ramuan yang paling berkesan untuk hindari selsema adalah air limau. Ambil secawan air suam, perahkan limau. Tambahkan sesudu kecil madu untuk lebih efektif.
  • Efek antiseptic di dalam bawang putih menjadikan ia salah satu ramuan yang berkesan untuk merawat selsema. Pengambilan sup bawang putih merupakan cara terbaik untuk merawat selsema.
  •  Halia juga salah satu bahan untuk merawat selsema. Rebus halia yang sudah dipotong kecil di dalam air, masukkan sedikit gula dan minum air rebusan tersebut.
  • Juga, rendam tuala kecil atau sapu tangan di dalam air rebusan dan biarkan selama 5 minit.Perahkan tuala dan tekapkan pada permukaan lubang hidung dan sekitar mulut. Tekapkan dan pada masa yang sama tarik nafas panjang-panjang.

Demam

  • Sediakan teh panas bersama setengah sudu kecil halba. Ia memberi efek menenangkan dan mencairkan mucus yang terkumpul di dada.
  • Individu yang diserang demam juga digalakkan untuk tingkatkan pengambilan oren. Ia meningkatkan tenaga dalam badan dan juga meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Ambil 1 sudu kecil madu dan masukkan beberapa titik jus limau dan air halia. Campuran ini efektif untuk merawat demam.

Batuk dan sakit tekak

  • Ambil secawan air didihan beras (waktu mendidih). Biarkan suam kemudian barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering tekak itu sembuh.
  • Ambil biji halba, rendamkan dalam air suam. Tapis dan kumur air tersebut, atau; kumur air suam yang dibancuh bersama garam untuk merawat sakit tekak.
  • Reneh segelas cawan air. Masukkan 3-4 tangkai bunga cengkih, secubit serbuk lada dan 1 sudu kecil madu. Minum ramuan ini sekali sehari setiap pagi untuk merawat sakit tekak.
  • Juga ramuan air suam, madu dan jus lemon efektif untuk sakit tekak.
  • Tingkatkan pengambilan bawang putih untuk melegakan batuk.
  •  Campurkan lada putih bersama madu asli, makan 2-3 kali sehari selama 4-5 hari bagi melegakan batuk.

Sumber: zaqaziq.perubatan.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.