Shaklee Offer

Pesanan Buat Pasangan Suami Isteri

Pesanan Buat Suami Isteri

Saya nak share sedikit peringatan bersama buat anda yang bergelar SUAMI ISTERI di luar sana. Semoga kita dapat menjalani kehidupan berumahtangga dengan jujur dan harmoni, terhindar jauh dari dosa-dosa. InsyaAllah.

Pesanan Buat Suami Isteri

Semoga rumahtangga kita semua dilindungi dari ujian-ujian sebegini. Semoga cinta kita suami isteri mekar mewangi hingga ke Syurga Allah.  Aamin.

Pesanan Buat Suami

“Meskipun isteri kurang cantik, kurus,gemuk, pendek, berkulit gelap dan seumpamanya.. Janganlah sesekali kita menyindir isteri kita walaupun hanya sekadar gurauan…”

Pesanan Buat Isteri

“Siapapun suami kita kurus ke dia, buruk ke dia, hitam metallic ke dia…  Selagi dia suami kita , isteri mesti hormat pada dia. Hormat dalam dua aspek. Yang pertama dari segi perbuatan dan kedua hormat dari segi perkataan.”

Doa Pengikat Kasih Sayang Antara Suami Isteri

Ustazah Nor Bahyah ada kongsikan petua dan doa untuk eratkan kasih sayang diantara suami dan isteri dan baik dijadikan amalan supaya hubungan sentiasa segar. Doa ini juga membantu memberi kesejahteraan dalam hubungan suami isteri dan memastikan rumah tangga dihindari godaan dari luar.

Surah Thaha ayat 39 :

Cara mengamalkannya : Setiap kali kita bertemu atau bersua dengan suami atau isteri, bacalah ayat ini. Untuk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah sekadar dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.