Perut BOROI Bapak Dah Turun

Perut BOROI Bapak Dah Turun

Cerita ni cerita betul yer. Mungkin anda-anda diluar sana juga pernah merasai pengalaman yang sama. Orang lain mudah jer kita nak approach supaya mengambil supplemen yang kita jual. Tapi Sedara terdekat masih belum berjaya lagi untuk dipujuk. Setahun Memujuk Baru Bapak Nak Makan Supplemen. Kesan yang ketara Perut BOROI Bapak Dah Turun!!!

Jenuh memujuk supaya bapak makan supplemen. Biasalah orang dah meningkat usia. Umur dah 72 tahun dah. Kalau tengah sakit, makan ubat time tu, time tu jugak nak sembuh. Bukan mudah untuk menggantikan kebergantungan dari ubat kepada ‘SUPPLEMEN’.

Perut BOROI Bapak Dah Turun

Kalau tengok bapak makan ubat, penuh satu tapak tangan sekali dia telan. Macam makan nasi dibuatnya. Janji dia tak sakit. Kalau suruh makan supplemen masa awal-awal saya jual Shaklee dulu, memang tak makan ler. Terbior jer supplemen tu bawah meja.

Bukan tak kasi amik, saya pun kadang-kadang amik juga panadol bila dah tak tahan. Tapi memikirkan kesan jangka panjang kat buah pinggang, kadang-kadang tu kena beringat jugak bila nak makan ubat klinik ni. Ada juga yang mengandungi steroid.

Ada sekali tu saya dah belikan ubat sakit lutut Shaklee (ADJHT – sekarang dah discontinued) untuk bapak, tapi dia masih juga suruh abang belikan ubat sakit lutut kat farmasi. Nak buat macam mana, kita ni anak yang dah hujung-hujung. Cakap kita kurang ‘POWER’nya sikit.

joint-health-tablet-1
Lepas beli ubat tu, abang terangkanlah pasal persamaan ubat yang dia beli dengan supplemen yang terperuk bawah meja yang saya beli tu. Yang lawaknya ubat yang abang belikan tu pun sebenarnya supplemen juga, sama yang macam saya belikan.

Semenjak tu barulah bapak start makan supplemen Shaklee. Bermula dengan ADJHT, sekarang dia dah mengamalkan Ostematrix (kalsium) dan OmegaGuard (Minyak Ikan – Omega3). kata bapak, kalau makan minyak ikan tu, dadanya rasa lapang. Senang nak nafas.

Pergi ke klinik sekali sekala tu biasalah. Tapi perubahan yang ketara ialah perut ‘BOROI’nya dah turun. Makan ‘ubat’ pun dah sebanyak macam dulu. Sekarang cuma tengah memikirkan macam mana nak tolong ‘kencing manis’nya pulak.

Pening kepala nak suruh dia kurangkan manis dalam minumannya. Secawan air minum dia, boleh buat air manis satu jag. Giler manis dia buat air. Tak manis tak puas katanya. Amik kawww.

Gembira tu gembiralah juga. Membahagiakan orang tua selagi masih ada. Dapat berikan supplemen yang terbaik buat dia. Nak mewahkan dia dengan duit, rasanya duit dia lagi banyak dari duit saya. Duit yang anak-anak kasik kat dia. Hehehe.

Apa yang saya buat, duit yang sepatutnya saya bagi kat dia, saya belikan supplemen untuk dia. Untuk kesihatan dia juga. Kalau duit banyak, badan tak sihat pun tak guna juga kan kan kan.