Shaklee Offer

Persediaan Berpuasa Bagi Ibu Menyusu

Persediaan Berpuasa Bagi Ibu Menyusu

Tahun ni rasa cepat betul masa berlalu..tup tup je dah bulan Shaaban…dah tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan pulak…anda semua dah ganti puasa tahun lepas? Kepada ibu-ibu yang menyusu, kini pastinya sudah mula risau untuk menghadapi bulan Ramadhan kan? Tak lain tak bukan risau takut2 susu merudum di bulan puasa nanti. Jadi bagaimana persediaan berpuasa bagi ibu menyusu?

Hari ini saya nak berikan sedikit panduan bagi ibu-ibu untuk menghadapi bulan puasa nanti. Malah, boleh juga dipraktikkan sekarang bagi ibu-ibu yang sedang menggantikan puasa, mahupon sedang bertungkus lumus membuat stok EBM buat persediaan bulan Ramadhan nanti.

Persediaan Berpuasa Bagi Ibu Menyusu

Jadual pemakanan vitamin Shaklee di bulan Ramadhan / ketika berpuasa.

Waktu Sahur:
(1) Makan nasi atau apa jua juadah sahur.
(2) Makanlah sekurang-kurangnya 3 biji kurma.
(3) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (gabungan terbaik).* Saya paling suke!!
(4) Makan 3 biji Alfalfa.

Waktu Berbuka:
(1) Berbuka dengan juadah berbuka. Lebih afdal di dahului dengan kurma.
(2) Tambahkan minuman Performance Drink dan ESP (untuk dapatkan hasil terbaik).
(3) Makan 2 biji Alfalfa.

Sebelum tidur:
(1) Amalkan minum segelas ESP.
(2) Makan vitamin lain iaitu 4 biji Ostematrix, 1 biji Vita-Lea, B-Complex dan Vitamin C.

Inilah jadual paling mudah untuk diamalkan. Untuk bancuhan minuman Performance Drink & ESP, hanya bancuhkan 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance ke dalam 250 ml air. Boleh buat lebih pekat mengikut citarasa si ibu.

Kenapa pengambilan vitamin sangat digalakkan?

Vitamin ini membantu badan ibu sentiasa bertenaga dan tidak kehausan sepanjang berpuasa. Terdapat pendapat yang mencadangkan pengambilan 100plus sepanjang berbuka namun minuman ini berkabornat serta mengandungi kandungan gula yang banyak dan boleh menggangu sistem perut di mana boleh menyebabkan si ibu dan anak menyusu mengalami keragaman perut jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

Apa kata Master Shaklee ?

Selain daripada pengambilan vitamin, saya sangat-sangat menggalakkan ibu menyusu yang berpuasa untuk mengambil kurma, terutama sewaktu bersahur. Pernah saya terlewat bangun untuk sahur, dan tidak sempat mengamalkan aturan seperti yang dicadangkan untuk waktu sahur di atas. Lantas saya makan beberapa biji kurma yang mampu, dan beberapa gelas air masak. Punyalah risau akan keletihan sepanjang hari.

Walaubagaimanapun, dengan izin Allah, dan mungkin saya dok ulang di fikiran, “aku tak letih, aku tak lapar, susu banyak, susu banyak…”, Alhamdulillah, bukan setakat dapat menjalani puasa dengan tenang sambil menyusu, siap boleh alih perabot dalam rumah dan memasak pelbagai juadah dengan bertenaga
sekali. Jelas sekali, selain perlukan makanan yang memberikan tenaga, mind-setting juga penting. Tiada banyak bezanya dengan hari-hari biasa.

Namun, perbezaan yang ketara ialah, anda akan menjadi lebih letih dan dehidrasi kerana proses berpuasa + pengeluaran susu tersebut.

Bolehkah jika saya tidak mahu mengamalkan vitamin di atas?

Boleh. Saranan diberikan untuk memastikan ibu segar sepanjang hari. Pengalaman saya selama ini menunjukkan yang saya akan berasa letih apabila menjelang pukul 4 petang. Apabila terlalu letih dan tidak bertenaga, ini yang menjejaskan mood anda, seterusnya memberi impak pada penghasilan susu. Sebab itulah perlunya anda mengambil makanan yang boleh mengekalkan kesegaran anda sepanjang hari seperti kurma, oats, dan supplements – terutama ESP dan Performance Drink sebagai persediaan berpuasa bagi ibu menyusu.
*credit

Testimoni mereka yang mengamalkan Performance Drink ketika berpuasa.

Mommy Lyna

Setakat ni, alhamdulillah. Semalam kami semua tak terbangun sahur, sedar2 dah dekat Subuh, saya cuma sempat ambil 2 gelas Performance Drink ni, dan alhamdulillah sampai ke petang susu masih banyak bila dipicit anak2. Saya pernah berpuasa (puasa ganti) tanpa mengambil minuman ni, menjelang petang, susu dah mula ‘kering’ dan anak2 start mengamuk.

Sekarang macam addicted pulak sebab rasanya sedap, especially bila diminum sejuk2. Ia boleh diminum bila2 masa saja, preferably semasa berbuka dan bersahur. Semasa bersahur untuk bekalan tenaga untuk berpuasa dan menyusu seharian, semasa berbuka untuk menggantikan kembali imbangan elektrolit dan bendalir badan yg hilang..

Genki Momma

Pada saya, sepanjang 2 tahun berpuasa sambil menyusu dan memerah susu di pejabat ini, sebenarnya pada waktu puasa ini, hasil pengeluaran susu tidak banyak berubah. Jika kebiasaannya anda akan dapat 12oz sehari, contohnya, Insya Allah, jika anda berpuasa, anda akan dapat 12oz EBM juga.

Tuty

Pada mulanya saya risau tetapi Alhamdulillah saya berasa segar dan paling best, bila pukul 4-5 tu saya tak berasa letih pun. Selalunya saya akan melepek kepenatan. Ingat lagi tahun lepas semasa hamil, saya sampai sesak nafas kerana terlalu letih. Yang paling seronok, cik B berasa penuh seperti biasa dan hasil perahan susu untuk satu sesi masih sama seperti hari tidak berpuasa. Ni saya cuba masa saya puasa ganti.