Perlukah Makan Supplemen Semasa Hamil?

Persoalan yang kerap diutarakan oleh bakal-bakal ibu baru. Perlukah makan supplemen semasa hamil? (Saya pon sama juga dulu masa mengandung anak pertama. Ilmu pun masih cetek
lagi..;p)

Perlukah Makan Supplemen Semasa Hamil

 

Senang saja jawapan untuk soalan cepumas di atas. Sangatlah penting. Sebab ibu-ibu mengandung memerlukan lebih banyak vitamin berbanding individu yang tidak mengandung. Ye la…si kecil kat dalam perut tu kan sedang nak membesar. Dah tentulah memerlukan banyak vitamin-vitamin berkhasiat untuk tumbesaran yang sihat.

Perlukah makan supplemen semasa hamil?

Kebiasaannya setiap kali ibu-ibu mengandung yang membuat pemeriksaan di klinik kesihatan akan dibekalkan dengan beberapa jenis vitamin yang perlu diambil sepanjang tempoh kehamilan. Seperti asid folik, vitamin B-Complex, Vitamin C dan Iron.

Semasa saya mengandung dulu, setiap kali temujanji di klinik kesihatan, jururawat bertugas sentiasa berpesan agar saya teruskan pengambilan vitamin-vitamin yang dibekalkan terutamanya asid folik (baik untuk pembentukan otak bayi di dalam kandungan) dan iron atau zat besi (untuk tingkatkan dan kekalkan HB dalam darah ibu).

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan HB dalam darah berkurangan dan ini boleh membahayakan nyawa si ibu ketika proses melahirkan. (tumpah darah dsb).

Pemakanan Ibu

Pemakanan ibu yang tidak sihat semasa mengandung akan mempengaruhi janin melalui penyalurkan makanan yang tidak berzat kepada janin. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi janin akibat kurangnya daya tahan ibu terhadap serangan penyakit.

Pengambilan makanan tidak cukup vitamin, garam galian dan protin oleh ibu yang mengandung boleh memberi kesan yang kurang baik terhadap bayi yang dikandungnya. Ibu yang kurang vitamin boleh mempengaruhi pertumbuhan organ-organ dalaman bayi dan kebarangkalian boleh menyebabkan anak menjadi cacat.

Secara amnya kekurangan garam galian berikut boleh menyebabkan:

  1. Zat besi –  Bayi mungkin kurang darah.
  2. Iodin –  Bayi jadi cacat.
  3. Zink, Magnesium – Sistem saraf bayi rosak.

Gaya pemakanan yang tidak sihat bukan sahaja boleh menyebabkan kesihatan ibu menjadi lemah, bayi juga akan mengalami kekurangan vitamin C dan D, tulang lembut, fizikal yang lemah, keguguran dan bayi mati, malah bayi mungkin mengalami perkembangan mental yang abnormal.

Ibu yang kurang protein akan menyebabkan bayi mengalami kecacatan akal, rendah daya tahan terhadap penyakit dan anak rendah berat badan.

Dalam sesetengah kes, terdapat bayi yang mengalami kerencatan akal sehingga akhir hayat kerana kurangnya pengambilan vitamin dan  zat makanan pada TEMPOH AKHIR KEHAMILAN. Pada tempoh kritikal ini janin sedang membesar dengan cepat dan  sel-sel otak akan terbentuk. Kualiti makanan yang diambil oleh ibu adalah lebih penting berbanding kuantiti makanan.


Supplement Shaklee adalah antara supplement yang elok untuk diambil oleh ibu-ibu yang sedang hamil. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai set-set kehamilan Shaklee, KLIK SINI.

SetIbuHamilTrimester1-1

Set Hamil Shaklee Trimester1

SetHamilTrimester2-1

Set Hamil Shaklee Trimester 2