Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Perkembangan Otak Kanak-kanak

Perkembangan Otak Kanak-kanak

Entry kali ini saya nak sharekan tentang Perkembangan Otak Kanak-kanak. Menurut Profesor di Jabatan Psikologi, Universiti Kansas, Amerika Syarikat, Prof. Dr. John Colombo terdapat empat ciri kanak-kanak genius iaitu :

  1. Visual penglihatan yang tajam
  2. Kemahiran bahasa lebih pantas
  3. Perkembangan intelektual lebih tinggi
  4. Kemahiran penyelesaian masalah yang lebih baik

Perkembangan Otak Kanak-kanak

Prof. Dr. John Colombo berkata, sifat genius kanak-kanak sebenarnya boleh dibentuk. Namun, mereka perlu didedahkan dengan persekitaran dan pemberian nutrisi yang betul.

Pada 1,365 hari pertama dalam hidup seseorang bermula dari dalam rahim ibu sehingga berusia tiga tahun merupakan tempoh penting bagi memupuk perkembangan otak kanak-kanak.

Justeru, pendedahan kepada bentuk persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum selain pemberian nutrisi yang betul dan mencukupi penting bagi membentuk otak yang genius,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah di Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch memberitahu, kajian yang dilakukannya bersama Pusat Perubatan Universiti Kansas itu juga mendapati perkembangan kanak-kanak mempunyai hubung kait dengan kandungan asid dokosaheksanoik (DHA) dalam diri seseorang.

Katanya, DHA merupakan asid lemak omega-3 yang paling banyak terdapat di dalam otak dan retina. Bagaimanapun, DHA tidak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan luar seperti ikan.

Kajian klinikal yang dilakukan membuktikan DHA berperanan untuk meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran yang lebih baik.

Apabila kanak-kanak menerima tahap DHA yang mencukupi, ia sekali gus menjadi pemangkin bagi mengembangkan ciri-ciri genius yang ada pada kanak-kanak tersebut,” katanya.

Justeru, ujar beliau, penelitian yang lebih khusus pada awal tumbesaran kanak-kanak adalah penting kerana pada masa itu jaringan saraf di dalam otak sedang berkembang.

“Struktur akar otak yang menyediakan asas untuk fungsi pada masa hadapan sebahagian besarnya sudah siap dibentuk ketika usia mencecah tiga tahun. Apabila umur itu dicapai, struktur dan bentuk otak sebenarnya sudah mencapai 80 peratus sempurna,” ujarnya.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan pemakanan harian DHA sebanyak 10 miligram hingga 12 miligram (mg) bagi setiap kilogram berat badan kanak-kanak berusia 12 bulan hingga 24 bulan.

Manakala 100mg hingga 150mg bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke atas dan 150mg hingga 200mg untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke atas.

*sumber

Pemakanan Minda Untuk Perkembangan Otak Yang Sihat

Shaklee turut menyediakan produk yang sesuai untuk merangsang perkembangan otak anak-anak kita agar dapat membesar dengan sihat dan bijak!

Bagi merangsang perkembangan otak anak sejak dari dalam kandungan, ibu hamil digalakkan mengambil OmegaGuard Shaklee sebagai makanan tambahan untuk membekalkan DHA kepada perkembangan otak bayi yang di dalam kandungan.

Ibu-ibu boleh meneruskan pemakanan OmegaGuard selepas bersalin sehingga sepanjang proses penyusuan susuibu sekurang-kurangnya hingga usia anak 2 tahun.

OmegaGuard Shaklee

Tips beri makan OmegaGuard kepada anak berusia setahun ke atas

Apabila anak-anak sudah setahun ke atas, ibu-ibu boleh cuba berikan OmegaGuard secara terus kepada anak sebiji satu hari. Jika anak belum pandai mengunyah, boleh picit dan gaulkan bersama makanan anak seperti nasi atau bubur mereka.

Kebiasaannya anak-anak yang mendapat bekalan DHA dari kecil menunjukkan perkembangan minda yang sangat cepat. Kanak-kanak yang belum bersekolah boleh mengambil vitamin berikut sebagai makanan tambahan untuk tumbesaran mereka.

  • OmegaGuard membekalkan DHA yang secukupnya untuk perkembangan otak cerdas
  • Chewable Vit C menguatkan sistem imun badan
  • Meal Shakes membekalkan vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak
Jika anak yang sudah bersekolah, boleh tambahkan pula:
  • Lecithin yang mengandungi Kolina bagi menguatkan daya ingatan dan memori anak-anak
  • B-complex untuk anak lebih fokus dan tidak mengantuk semasa di dalam kelas

Ibu ayah boleh berikan Set Anak Bijak ini supaya anak-anak kita membesar dengan sihat dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran di sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.