Perkembangan Kanak-Kanak

Perkembangan Kanak-Kanak

Anak adalah anugerah yang tidak ternilai. Penyambung harapan dan penggerak kemajuan negara kita. Oleh itu, sayangilah mereka. Tiada kasih sayang yang lebih bernilai daripada kasih sayang ibu bapa. Perkembangan Kanak-Kanak.

Perkembangan Kanak-Kanak

Baiklah, topik yang akan kita bincangkan hari ini ialah perkembangan dan stimulasi awal kanak-kanak berumur 1 tahun ke bawah. Perkembangan dan stimulasi atau rancangan awal kanak-kanak adalah aspek yang begitu penting dititikberatkan oleh ibu bapa serta pengasuh kanak-kanak. Oleh itu, kita sebagai ibu bapa atau penjaga haruslah menyedari kepentingan ini.

Perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada 4 aspek utama. Pertama, perkembangan kasar kanak-kanak, kedua perkembangan pergerakan halus, ketiga perkembangan pertuturan dan keempat ialah perkembangan sosial kanak-kanak.


Kelahiran hingga ke 3 bulan

Sebenarnya bayi dalam lingkungan umur dari kelahiran hingga 3 bulan banyak menghabiskan masa dengan tidur. Walau bagaimanapun, kita perlu membantu perkembangan psiko sosial mereka. Dalam umur ini bayi banyak tersenyum bersendirian tanpa kita mengagah mereka.

Dan pada masa inilah mereka lebih gemar didodoi, kerana pada masa inilah kita mula mengekalkan ikatan emosi antara penjaga dan bayi tadi. Bayi lebih gemar didampingi kerana pada masa inilah mereka gemar disentuh untuk memberi ketenteraman kepada apa-apa rasa tidak selesa pada badan mereka.

3 bulan hingga ke 6 bulan

Pada umur 3 – 6 bulan, bayi anda semakin bijak. Dari aspek pergerakan kasar, mereka dapat mengawal kepala supaya tegak, mengampu badan bila diletakkan berdiri dan mula meniarap.Manakala dari segi aspek pergerakan halus, pada ketika ini bayi mula menunjukkan tindak balas terhadap sesuatu yang dilihatnya. Malah bayi juga cuba mencapai objek tersebut dengan menggunakan tapak tangan.

 

6 bulan hingga ke 9 bulan

Dari segi perubahan psiko sosial pula, pada peringkat umur bayi di antara 6 – 9 bulan, mereka sudah mula mengenal ibu bapa atau pengasuh melalui suara atau paras rupa. Menangis bila ditinggalkan, menoleh apabila namanya dipanggil dan ketawa bila diagah.

Manakala dari aspek pendengaran dan pertuturan pula, pada usia begini, bayi telah mula :

Melihat perkembangan dan pembesaran si manja memang sesuatu yang menakjubkan. Semakin meningkat usia mereka, semakin banyak ragam yang boleh kita perhatikan. Pada usia 9 – 12 bulan, bayi semakin cerdik, aktif dan dari segi pergerakan kasar, mereka akan cuba berdiri dan berjalan dengan memerlukan bantuan.

Dalam aspek pergerakan halus pula, mereka akan mula pandai bertepuk tangan menggunakan jari dan mengetuk dua objek antara satu sama lain. Bagaimana pula dari aspek psiko sosial, pendengaran dan pertuturan. Untuk keterangan lanjut, kita dengar penjelasan pakar.


9 bulan hingga ke 12 bulan

Dalam umur 9 – 12 bulan, kanak-kanak ini telah menjadi lebih aktif kerana mereka boleh berdiri dengan cara mendatar. Dan ini menyebabkan mereka ingin menerokai alam sekeliling dengan lebih aktif. Dari segi aspek emosi mereka, kanak-kanak boleh menunjukkan perasaan marah, terutama sekali jika barang mereka diambil orang lain.

Mereka juga sangat gemar didukung oleh orang yang mereka kenal dan akan menangis jika mereka ditinggalkan. Dan umur ini, sifat dan rasa takut sudah mula timbul, terutama sekali orang yang mereka tidak pernah lihat cuba mendampingi mereka. Dalam aspek komunikasi mereka, mereka sudah boleh meminta secara menunjuk atau menggunakan perkataan mudah.

Mereka juga boleh melambai dan boleh memimik apa yang diarah oleh ahli keluarga yang mereka kenal. Selain daripada itu, mereka juga boleh datang apabila nama mereka dipanggil dan boleh mengangguk pada soalan bagi jawapan ya atau menggelengkan kepala kepada jawapan tidak.

Tingkah laku mereka juga sudah berubah dan mereka sudah boleh mengenal hak mereka dan boleh mengulangi apa-apa perlakuan yang mereka rasa seronok bersama ahli keluarga mereka.

Sumber: http://www.infosihat.gov.my/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.