Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung

Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung

Ketika proses kehamilan, sokongan daripada suami tercinta amat penting. Suami pula janganlah tidak sensitif dengan situasi isteri yang sedang menyesuaikan diri dengan perubahan hormon yang berlaku dalam badannya. Apakah Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung ?

Mungkin bagi yang baru pertama kali hendak bergelar ayah, sedikit panik dengan perubahan tersebut tetapi dengan bertanya dan mencari maklumat
sekurang-kurangnya ia dapat membantu.

Peranan Suami Ketika Isteri Mengandung

Berikut antara perkara yang boleh dilakukan oleh suami untuk meringankan bebanan isteri yang sedang hamil.

1) Luangkan Masa Bersama Isteri
Kadangkala perhatian dan sentuhan daripada suami sudah cukup menenangkan emosi isteri yang serba tidak kena. Bulan-bulan pertama kehamilan memang cukup merimaskan bagi sesetengah bakal ibu. Dengan sentiasa berasa di sisi isteri, ia sudah cukup mengurangkan bebanan yang ditanggung.

2) Penuhi Keinginan Isteri
Kita sedia maklum, wanita di awal kehamilan biasanya mengidam makan bermacam-macam makanan. Suami janganlah menempelak keinginan isteri sebaiknya cuba penuhi keinginan tersebut. Pastikan juga isteri menjamah makanan yang berkhasiat.

3) Fahami Situasi Isteri
Wanita hamil perlu membawa bebanan perut yang semakin membesar. Justeru, pergerakan mereka menjadi perlahan daripada biasa. Jika keluar
bersiar-siar dengan isteri, cuba fahami keadaan tersebut. Janganlah memarahi isteri kerana berjalan perlahan sebaliknya suami perlu mengikut
rentak isteri yang berjalan perlahan. Jika isteri hendak ke mana-mana, pinjamkan diri anda seketika. Suami haruslah memahami pergerakan isteri
agak terbatas dan elakkan isteri daripada memandu ke destinasi yang jauh. Tidak salah, sesekali suami jadi ‘driver’ kepada isteri.

4) Ringan Tulang
Apa kata suami belajar menjadi ringan tulang dengan kerja-kerja rumah. Apabila melihat kain baju belum berbasuh atau berlipat atau rumah agak
bersepah, terus kemaskan ia tanpa perlu membebel atau bertanyakan isteri mengapa tidak mengemasnya.
5) Belajar Perubahan Isteri
Wanita hamil akan mengalami perubahan emosi yang sukar dijangka. Marah, merajuk atau terlalu sensitif akan mengiringi mereka sepanjang
kehamilan. Suami perlulah bersedia dengan situasi ini.
6) Siapkan Hidangan Makan
Jika selama ini semua tugas menyiapkan hidangan makan dilakukan oleh isteri, apa salahnya ketika isteri sedang ‘mabuk’ mengandung, suami pula yang mengambil alih. Legalah sikit isteri yang sedang ‘berperang’ dengan ketidakselesaan itu.

7) Bantu Jaga Anak Lain
Jika isteri hamil anak kedua atau seterusnya, tentu sahaja perhatian kepada anak-anak lain akan berkurangan seketika ekoran alahan yang teruk.
Justeru, suami ambillah kesempatan untuk melayani karenah anak. Sekurang-kurangnya anda akan bertambah cekap menguruskan keperluan anak.

8) Bawa Isteri Bersiar-siar
Sekiranya ada waktu, bawalah isteri keluar menghirup udara segar. Mungkin suasana yang berbeza daripada rumah dapat mengurangkan rasa tidak selesa yang sedang dialami.

9) Jangan Berkira
Kadangkala ada isteri yang mengandung suka dimanjakan oleh suami. Bukan mengada-ngada tetapi perubahan hormon yang mendorong perasaan tersebut. Apa salahnya suami melayani karenah isteri yang sedang hamilkan zuriat anda. Misalnya, buatkan isteri segelas susu sebelum tidur, suapkan makanan ke mulutnya dan sediakan ubat yang perlu dimakan. Tentu kasih sayang anda semakin erat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.