Berpantang Anak Pertama

Berpantang Anak pertama

Untuk ibu yang sudah mempunyai anak, pastinya episod bersalin dan berpantang anak pertama masih segar diingatan. Saya juga. Pengalaman bersalin dan berpantang memang menjadi pengajaran dan pengalaman yang berharga untuk saya. Mungkin kita yakin kita dah bersedia, tapi hakikatnya banyak lagi yang kita tak tahu. Terutamanya bila berlaku sesuatu yang di luar jangkaan.

Berpantang Anak Pertama

Saya melahirkan anak pertama di usia 28 tahun (kes lambat kawen..:P). Saya menjalani tempoh berpantang tanpa sebarang jamu. Saya langsung tidak membeli sebarang set bersalin kerana saya bukan jenis yang suka makan jamu. Lagipon mungkin saya perasan diri masih muda (memang perasan!!) dan tak perlukan jamu-jamu lagi.

Namun pengalaman berpantang kali pertama saya tidak semudah yang disangka. Hampir 2 minggu waktu berpantang saya habiskan untuk keluar masuk hospital. Walaupun saya selamat melahirkan secara normal dan bayi juga sudah buang air, tetapi saya hanya dibenarkan pulang ke rumah selepas hari ke-4.

Tak Boleh Kencing Lepas Bersalin

Puncanya sebab saya mengalami masalah TIDAK BOLEH kencing selepas bersalin. Langsung tak boleh kencing. Asyik berulang alik ke toilet. Rasa nak buang air tapi tak boleh keluar.

Sangat tertekan masa tu. Sehingga doktor terpaksa masukkan tiub (yang biasanya dipasang pada ibu yang ceasarean) untuk bantu keluarkan urin dari pundi kencing. Rupa-rupanya doktor yang memeriksa beritahu saya mengalami jangkitan kuman pada pundi kencing semasa proses kelahiran.

Saya perlu ambil antibiotik dan dibenarkan pulang dengan tiub yang ‘terpasang’ beserta beg urin. Sungguh tidak selesa.

Baby Jaundice

Hari ke-5 anak saya terkena jaundice dan perlu dimasukkan ke ward. Alhamdulillah selepas 2 hari jaundice dah turun dan dibenarkan pulang. Sepanjang 2 hari di ward, saya perasan banyak mata yang memandang saya yang ke hulu ke hilir ‘bertiub’ sambil membawa beg urin.

Saya langsung tak ambil kisah pun. Di fikiran saya hanya satu. Berdoa dan berharap agar bayi saya cepat sihat. Satu pesanan doktor yang merawat bayi saya ketika itu ialah teruskan breastfeeding bayi kerana selepas umur bayi 10 hari tetapi masih ada jaundice, hanya SUSU IBU yang boleh menyembuhkannya.

Kalaulah saya kenal Shaklee masa awal-awal dulu, mungkin lain nasibnya.  Tak ada apa yang perlu dikesalkan. Syukur Alhamdulillah. Semuanya selamat dan sihat. Pengalaman yang berharga untuk saya dan orang lain juga. Kalau tak, takdernya nak amik tahu pasal jaundice, penyusuan baby dan kepentingan supplemen untuk kekal sihat dan cergas semasa hamil dan berpantang.

Set Berpantang

Set Berpantang Premium

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang set beerpantang ni, KLIK SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.