Pecutan Di 10 Malam Terakhir Ramadhan

Pecutan Di 10 Malam Terakhir Ramadhan

Kita sudah menghampiri 10 Malam Terakhir Ramadhan. Adakah kita sudah bersedia? Adakah saya sendiri sudah bersedia? Tepuk dada tanya iman.

10 Malam Terakhir Ramadhan

Mampukan kita hidup dengan penuh ketaatan kepada Allah selama 1000 bulan atau 83 tahun? Mampukah kita  mengqada’ (mengulangi) ganjaran ibadah-ibadah yang kita dahulu pernah terlepas,
cuai atau alpa? Dan pastikah kita akan di beri peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan di tahun depan?

Tawaran yang Allah bagi ini sekurang-kurangnya dapat menampal cacat cela dan mendapat keampunan-Nya, malah memberi jaminan tempat kita disyurga nanti, dan melepaskan kita dari azab siksa kubur. In-sha Allah.

“Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka
Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya (bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah).”

(Riwayat Imam Bukhari)

Lailatul Qadar

10 malam terakhir di bulan Ramadhan adalah malam yang ditunggu-tunggu oleh semua orang islam. Dimana di dalamnya terdapat satu malam yang dipanggil malam al-qadr (Lailatul Qadar). Malam yang penuh keberkatan dan malam yang yang dijanjikan oleh Allah lebih baik dari seribu bulan.
 “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar” – Surah Al-Qadr 1~5.
Sebab turun surah al-Qadr (Sumber :cahayapurnama.com)

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.