Panduan Solat Dhuha Dan Doa Solat Dhuha

Panduan Solat Dhuha Dan Doa Ringkas Selepas Solat

Ini panduan Solat Dhuha ehsan dari Unisza. Untuk download PDF lengkap termasuk solat-solat sunat yang lain dari Unisza, sila ke sini. Marilah sama-sama kita mengamalkan solat dhuha dan Semoga perkonsian ini mendatangkan manfaat untuk kita semua. Aaminn.

 

Tahukah anda?

Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah (kira-kira 20 minit selepas terbit matahari ) hinggalah matahari berada tepat di tengah tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

Panduan Solat Dhuha

Panduan Solat Dhuha

Doa Ringkas Selepas Solat Dhuha

Maksudnya:

“Ya Allah,
Sesungguhnya waktu dhuha itu, adalah waktu dhuha (milik)Mu,
pancaran cahaya adalah pancaran cahaya (milik)Mu,
(Segala) KecantikanMu itu adalah kecantikan (milik)Mu,
(Apapun) Kekuatan adalah kekuatan (milik)Mu,
(Apa juga) qudrat adalah qudratNya,
dan (segala)perlindungan itu adalah (datang dari) pelindunganNya.

Ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah ia,
Jika ada di bumi keluarkanlah ia,
Jika ia sukar (Kau) mudahkanlah,

Jika ia kotor (Kau) suci bersihkanlah,
Jika ia jauh dekatkanlah,

dan jika ia hampir maka permudahkanlah,
dengan kebenaran dhuhaMu,

Pancaran CahayaMu, KecantikanMu, KekuatanMu dan QudratMu,
Berikanlah aku apa yang telah Kau telah berikan (kepada) hamba-hambaMu yang soleh.”

*Sumber : Panduan Solat Sunat dari website Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)