Panduan Mengajar Anak Mengaji

Panduan Mengajar Anak Mengaji

teach-your-children

Saya nak kongsikan Panduan Mengajar Anak Mengaji kat hujung post ni. Tips tu saya ambil kerana sebahagian besarnya sama sepertimana yang saya gunakan untuk mengajar anak2 saya. Kalau berdasarkan pengalaman keluarga kami, banyak kebaikan mengajar anak sendiri mengaji di rumah berbanding menghantarnya ke ustaz2 atau ustazah. Tapi kalau tak mampu, tak der salahnya hantar anak mengaji kat rumah orang lain.Yang penting pandai ngaji.

Walaupun kami bukanlah ustaz dan uztazah, tapi kalau untuk mengajar anak sendiri mengaji tu, in-sya-Allah lepas. Selain kebebasan masa mengajar, kepuasan dengar anak pandai mengaji hasil didikan kita sendiri tu mungkin menjadi faktor utama kenapa kami mengajar sendiri anak mengaji. Kita bebas mengajar anak kita tanpa kekangan waktu dan bebas mengajar mengikut silibus yang kita sendiri tentukan. Kalau Ustaz Ayah kata satu muka surat, maka satu muka suratlah kena ngaji hari tu.

Hak-hak seorang bapa kepada keluarganya adalah;

a) Memberikan nama-nama yang terbaik kepada anak2 nya
b) Mengajar mereka membaca Al-Quran dan meneliti ilmu di dalam nya
c) Mengkhatan anak-anak lelaki mereka

Dari Sayyidina Mu’adz Al-Juhani Radhiyallahu ‘anhu, Baginda Rasulullah S.A.W bersabda;

“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan apa yang terkandung di dalamnya, maka kedua orang tuanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang cahayanya melebihi cahaya matahari seandainya ada di dalam rumah-rumah di dunia ini, maka bagaimanakah perkiraanmu mengenai orang yang dia sendiri mengamalkannya?”
(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Hakim)

Imam Hakim Rahmatullah ‘alaih meriwayatkan dari Sayyidina Buraidah Radhiyallahu ‘anhu bahwa Baginda Nabi S.A.W bersabda,

“Barangsiapa yang membaca Al-Qur’an dan mengamalkannya, maka akan dipakaikan kepadanya sebuah mahkota yang terbuat dari nur. kedua orang tuanya, akan dipakaikan dua pasang pakaian indah yang tiada bandingannya di dunia ini. Orang tuanya akan bertanya kepada Allah S.W.T, ‘Ya Allah, mengapa kami diberi anugerah yang seperti ini? Allah S.W.T menjawab, ‘Ini adalah balasaan bacaan Al-Qur’an anakmu.”

Dalam kitab Jam’ul Fawaid dengan riwayat Imam Thabarani Rahmatullah ‘alaih dari Sayyidina Anas R.A, Baginda Rasulullah S.A.W bersabda,

“Barangsiapa mengajar anaknya membaca Al-Qu’ran, maka dosa-dosanya yang akan datang dan yang telah lalu akan diampunkan. Barang siapa mengajar anaknya menghafal Al-Qur’an, maka pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dengan wajah bercahaya seperti cahaya bulan purnama dan dikatakan kepada anaknya, ‘Mulailah membaca Al-Qu’ran.’” Ketika anaknya mulai membaca satu ayat Al-Qu’ran, ayahnnya dinaikkan satu darjat, hingga terus bertambah tinggi sampai tamat bacaannya.”

Sumber: kajian.afahrurroji.net

Tips Mengajar Anak Mengaji

a) Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Saya buat 5 hari seminggu. Dalam seminggu mesti ada 1-2 hari yang saya miss! Selalunya saya akan mengajar paling awal jam 8.30 malam dan paling lambat jam 9.30 malam setiap kali mengaji. Waktu siangnya sentiasalah sibuk sangat sangat termasuklah hari Sabtu dan Ahad.

b) Jangan marah. Selalunya orang cepat naik angin kalau ajar budak banyak kali tapi tak dapat2 juga. Lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak tu anak sendiri. Kalau anak orang lain, segan sikit nak marah kerana nanti dia balik mengadu dengan ibu bapanya. Kalau anda rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat jika kita selalu marah kanak-kanak waktu mereka mengaji, mereka akan tidak suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji kerana mungkin phobia.

c) Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji.

d) Puji dan tepuk tangan seta buat buat happy jika mereka membaca dengan betul.
Beri imbuhan setelah selesai mengikut apa yang mereka mahukan atau apa yang kita janjikan selepas mengaji.

e) SABAAAAR dan tak lupa disiplinkan diri kita sendiri dan anak kita untuk mengaji setiap hari. Jangan expect anak otomatik pandai bila kita sekali mengajar. Ia memang benar-benar mencabar untuk mengajar anak-anak kecil yang berumur setahun dua yang tak tahu nak duduk diam. Tapi hasilnya lumayan! Bayangkan kita tunjuk flashcard pada budak umur setahun, kalau tak cepat, tangannya tangkas mencapai flashcard tersebut untuk dikeronyok2.

f) Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.. Kalau tak hafal, bolehlah pasang CD mengaji. Saya percaya kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.

g) Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah untuk kebaikkan yang terbaik buat anak-anak dan kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Berdoa boleh menimbul sikap positif pada diri kita dalam mendisiplinkan diri untuk mengajar mereka. Lebih bagus berdoa ketika kanak kanak masih kecil dan tidak lagi banyak dosanya. Ramai yang lalai mendoakan untuk anak dan cuma mula berdoa ketika anak sudah dewasa dan melakukan perkara yang tidak disukai supaya dia boleh berubah. Ketika ini mungkin agak susah walaupun belum terlambat.

Sumber: darwishndarwisya.blogspot