Jangan Pandang Rendah Khasiat Bawang Putih

Jangan Pandang Rendah Khasiat Bawang Putih

Ada tak korang terbaca khasiat bawang putih kat internet. Pernah cuba tak? Sesetengah orang cakap orang tua-tua jer yang amalkan petua-petua macam tu. Generasi muda macam sekarang nih dah tak layan dah. Pergi klinik jer senang.

 

Khasiat Bawang Putih

Tapi hakikatnya bawang putih memang berkesan. Banyak yang dah viralkan remedy ‘minyak bawang putih’ untuk budak-budak yang selsema atau demam. Buat ‘percussion’ dengan wap air bawang putih pun ade. Kalau korang nak tau lebih detail, cer google2 kat internet.

 

percussion

Pic credit: Google

minyak bawang putih

Bawang putih memang dah terbukti keberkesanannya. Dari segi saintifiknya pun dah tertulis bawang putih nih adalah antibiotik yang paling berkesan untuk merawat beberapa jenis penyakit. Tapi ader satu lagi fakta yang menarik hati saya ialah makan bawang putih tiap-tiap pagi sebelum sarapan boleh meningkatkan keberkesanan bawang putih pada kesihatan.

Kandungan dalam bawang putih

Bawang Putih ni kaya dengan Germanium. Bawang putih mengandungi Germanium yang banyak berbanding tumbuhan herba yang lain. Germanium ialah agen anti-kanser. Dan telah terbukti boleh membantutkan pertumbuhan tumor didalam badan manusia.

Antara kebaikan lain bawang putih ialah boleh membantu menstabilkan tekanan darah dalam badan korang. So, cik puteh ni boleh membantu kalau korang ada masalah tekanan darah rendah atau tinggi. Hebat tak?

Bawang putih juga In-sya-Allah boleh membantu:

1.Menguatkan pertahanan badan terhadap allergi
2.Membantu menanggalkan plak disekeliling salur darah
3.Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
4.Membunuh dan menghapuskan parasit dalam badan manusia.

 

Selain dari itu, bawang putih juga kaya dengan vitamin-vitamin dan zat-zat makanan seperti protin, potassium, Vitamin A, B, B2 dan C, Kalsium, Zinc dan banyak lagi.

Percaya atau tidak, kandungan Allisin dalam bawang putih juga boleh membantu mengurangkan jangkitan selsema (selsema yang biasa) lebih daripada 50%. Bawang putih juga boleh mencairkan darah. Sama kesan seperti kita
makan aspirin.

So, ibu-ibu mengandung JANGAN ambil apa-apa supplemen yang berasaskan
bawang putih sesuka hati yer. Bagi mereka yang mengalami sakit kepala, ketidakselesaan pada kulit, kenaikan suhu badan selepas mengambil bawang putih, anda dinasihatkan untuk berhenti dari mengambilnya.

Bagi yang allergic dengan bawang putih sebab baunya yang kuat, bolehlah ambil dalam bentuk supplement. Shaklee pun ada supplement berasaskan bawang putih.  Namanya GARLIC COMPLEX

garlic complex

Dalam rumah saya ni ada orang yang senang sangat nak kena selsema dan batuk. Nak kata allergi habuk, tiap-tiap hari lantai disapu, 2~3 hari sekali lantai dimop. Tu pun masih senang kena selsema.

Setakat nih bila kena flu jer Vitamin-C lah ubatnya. Kalau kena memang kejap jer reda balik. Tapi tak jumpa lagi ubat yang betul2 ampuh untuk prevent diri kita dari senang kena selsema. Rupa-rupanya bawang putih ni lah yang dicari-cari selama ni.