Pahala Yang Paling Besar Untuk IbuBapa?

Apakah Pahala Yang Paling Besar Yang Boleh Dikirim Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Tiada?

Assalamualaikum.
Saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat tadi. Kalau sayang Mak dan Ayah kita, baca artikel ni sampai habis. Mari kita hadiahkan Pahala Yang Paling Besar Untuk Ibu Bapa kita.

Pahala Yang Paling Besar Untuk IbuBapa?

 

Pahala yang lagi besar yang kita boleh kirim untuk ibubapa kita yang telah meninggal selain membaca tahlil dan Al-Quran ialah menghubungkan sillaturrahim dengan saudara-saudara, kawan-kawan arwah ibu ayah kita semasa mereka masih hidup.

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah, apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ?

Rasulullah menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahawa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia?

Rasulullah menjawab, “Ada, engkau berdoalah untuk keduanya dan meminta diampunkan dosa-dosa mereka dan tunaikan wasiat dan janji-janji mereka dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarga mereka dan hormati serta muliakan kawan-kawan mereka.”
(HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Wallahu a’lam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.