Meriahnya Orang Felda Beraya

Meriahnya Orang Felda Beraya

Nak tau macamana orang felda beraya? Setiap pagi lepas Solat Aidilfitri, orang-orang kampung akan mula “Marhaban Ya Marhaban” dari rumah ke rumah. Mungkin ada sesetengah tempat, tradisi ni dah jarang kita nampak.  Alhamdulillah di kampung/blok saya (Tanah Rancangan Felda) ni,  tradisi beraya sambil bermarhaban masih lagi di amalkan hingga ke hari ini.

Orang Felda Beraya

Kebiasaannya rombongan akan terbahagi kepada 3 group, 1st group Gen1 (Generasi Pakcik2) , 2nd group GenY (Anak-anak felda) dan 3rd group Gen M (Cucu-cucu felda). Tapi tahun nie ada kelainan sikit, group Auntie2 (Isteri-isteri peneroka) nak join juga!!!. Memang crowded. Total rombongan ada lebih kurang 70 ~ 80 orang. Mungkin lebih. 

Al-maklumlah first time Auntie2 nak beraya, memang kelam kabut. Tau-tau jerlah kan, rumah felda ‘besar’ mana jer pun (lagi besar dari rumah perumahan teres tau!!!). Tu pn tak muat nak masuk semua. Moga tahun depan lebih tertib dan lebih teratur.

Sambil bawa anak bujang saya beraya, dapat juga melawat jiran-jiran (25 buah rumah) yang dah lama tak nampak muka. Ramai yang dah uzur dan ramai yang dah tak larat nak jalan. Ada juga anak-anak generasi ke-2  sudah menjadi pengganti mak ayah yang dah kembali ke rahmatullah.

Semoga kita berjumpa lagi tahun depan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.