Shaklee Offer

Motivasi Anak-Anak Rajin Gosok GiGi

Motivasi Anak-Anak Rajin Gosok GiGi Dengan Cerita Sahabat Nabi

Kadangkala ada ibu-ibu yang pening kepala macamana nak Motivasi Anak-Anak Rajin Gosok GiGi. Mungkin cerita sahabat nabi ni boleh membantu ibu-ibu memotivasikan anak-anak tentang kepentingan gosok gigi /bersugi. Selamat membaca.

Motivasi Anak-Anak Rajin Gosok GiGi

 


Terdapat satu peperangan di antara Islam dan Kafir. Peperangan ini berlaku pada zaman Khalifah Umar r.a. Dipendekkan cerita, tentera Islam dan tentera kafir ni lebih kurang sama banyak. Lebih kurang 100,000 orang.

Sebelum tentera Islam bertolak, Umar r.a telah mengeluarkan kenyataan,

“Percayalah, Islam pasti akan menang”.

Jadi, betapa semangatnya bila mendengar kata-kata Amirul Mu’minin tersebut.

Tibalah hari peperangan. Perlawanan pertama, seri. Kali kedua pun seri lagi.Tiada yang menang dan kalah. Jadi, pada malam tu, Tentera Islam bermusyawarah. Kenapalah tentera Islam ni tak menang-menang? Lalu salah seorang panglima memberi cadangan,

“Mungkinkah kerana bilangan tentera kita tak mencukupi? Apa kata kalau kita minta bantuan tambahan askar daripada Amirul Mu’minin?”

Semua panglima pun bersetuju. Mereka pun menghantar wakil memberitahu Umar r.a. lantas Umar pun tersenyum, lalu menghantar 3 orang sahaja sebagai askar tambahan.

3 orang? Kenapa bukan 3 ribu?

Panglima-panglima Islam pening dengan tindakan Umar r.a.. Sebenarnya, 3 orang yang dihantar oleh Umar r.a ialah Pemeriksa khas, adakah tentera-tentera Islam yang berperang itu jaga amalan harian. Solat ke tidak, puasa ke tidak, jaga makan-minum ke tidak, solat sunat buat ke tidak, solat berjemaah ke tidak.

Motivasi Anak-Anak Rajin Gosok GiGi

Selepas pemeriksaan di buat. Rupa-rupanya kesemua tentera Islam tersebut terlupa untuk membuat satu perkara, iaitu BERSUGI!!! Mungkin disebabkan asyik perang, mereka telah terlupa amalan sunnah nabi supaya bersugi. Lalu, Ketua Panglima Islam pun mengeluarkan perintah,

“Wahai semua tenteraku, bersiwaklah !!!”

Pada malam itu, kesemua askar tentera bersiwak beramai-ramai. Ditakdirkan oleh Allah swt…pada masa yang sama, pihak tentera kafir menghantar perisik untuk menyiasat apakah strategi tentera
Islam.

Apabila perisik sampai jer ke perkhemahan tentera Islam, perisik tu nampak semua orang Islam sedang bersugi. Lalu timbul ketakutan di dalam hatinya, terus berlari pulang lintang pukang kembali kepada ketua tentera Kafir..

Ketua kafir itu pelik,

“Kenapa kamu ni? Ketakutan seperti melihat hantu?”

Perisik menjawab,

“Tuan, habislah kali ini..habislah tentera kita..habislah!!”

Ketua Kafir,

” Hah? Kenapa? Apa yang tentera Islam rancang?”

Perisik tu menjawab,

” Tuan, tadi bila saya tengah menyiasat, saya melihat semua tentera Islam SEDANG MENGASAH GIGI DENGAN KAYU!!!

“Sesungguhnya musuh kita bukan sembarangan manusia. Mereka sedang mengasah gigi mereka dengan kayu untuk meratah kita seorang demi seorang. Bersedialah kamu semua untuk diratah oleh mereka.”

Ketua Kafir,

” APA?!?!?!??”

Ketua kafir juga dilontarkan perasaan takut apabila mendengar Tentera Islam mengasah gigi dengan kayu. Mereka menjadi gerun lalu mengundurkan diri.

Jadi, keesokan harinya, orang Islam berjaya menawan negeri itu dengan mudah dan ramai yang memeluk Islam. Pertempuran telah menyaksikan tentera Islam menang besar hanya dengan sebab bersugi.

Pengajaran: Jika terlintas di fikiran kita kenapa kita selalu gagal dalam hidup? Mungkinkah kerana kita meninggalkan sunnah Nabi?

solawat nabi

( Saya pernah dengar cerita nie masa zaman sekolah dulu. So, cerita ini saya ceduk dari bacaan saya di internet kerana jalan ceritanya yang berfakta dan menarik. Tidak ada sumber sahih diletakkan. Jadi kalau ada yang jalan cerita yang bercanggah dari fakta sebenar, mintak tolong betulkan yer)