Minum 2 Hingga 3 Liter Air Sehari

Minum 2 Hingga 3 Liter Air Sehari

Berapa berat anda sekarang? Tahukah anda, setiap 25kg Berat Anda Perlu Minum 1 Liter Air Masak? Tetapi kebiasaannya, kita akan perlu Minum 2 Hingga 3 Liter Air Sehari. Berapa literkah air kosong yang anda minum hari ini?

Jika anda perasan, antara HOT tips yang saya sering tekankan sebagai Pengedar Shaklee jika anda yang ingin mengamalkan supplement Shaklee adalah pengambilan air setiap hari yang mencukupi. Minum juga mempunyai waktu-waktu tertentu yang di dapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya! Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut:-

Minum 2 Hingga 3 Liter Air Sehari

 Pagi Selepas Bangun Dari Tidur

Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas.Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein..

 30 Minit Sebelum Waktu Makan

Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar.

Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh
mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

Sepanjang Hari

Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

Tahukah anda bagi setiap 25kg berat anda, anda perlu minum 1 liter air kosong.

Cth: Jika berat 50kg, anda perlu sekurang-kurangnya 2 liter air sehari.

Fakta  Mengenai AIR dan Badan kita

the_tide_inside_infographic

? Tahukah anda otak kita mengandungi 83% air.
? Buah pinggang kita mengandungi 83% air.
? Paru-paru kita mengandungi 85% air.
? Mata kita mengandungi 95% air.
?Jantung kita mengandungi 75% air.
?Otot kita mengandungi 75% air.
?Darah kita mengandungi 94% air.

Air menstabilkan suhu badan.
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel.
Air melembabkan udara dalam paru-paru.
Air meningkatkan kadar metabolisma!
Air melindungi organ-organ.
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik.
Air melindungi dan melembabkan rawan.

Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?

? Tubuh selalu kepenatan
? Sakit kepala yang kerap atau migrain
? Sembelit
? Ketegangan otot
? Tekanan darah yang tidak seimbang
? Masalah buah pinggang
? Kulit kering
? Risiko Kematian

*sekadar berkongsi.. kalo kat sekolah cuba kita tengok anak sape yang bwk air berbotol-botol dan anak sape yg bijak?.. hmm.. renung2kan dan fikir2kan. Jangan lupa Minum 2 Hingga 3 Liter Air Sehari yer.
(^-^)v