Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Mintaklah Pada Allah (Bhgn 1)

Mintaklah Pada Allah (Bhgn 1)

Sharing ni saya perolehi dari group WhatApp. Sumbernya tak dinyatakan. Semoga apa yang baik hasil daripada penulisan artikel ni, akan kembali kepada penulis asal artikel nie.

 

Berdoalah pada Allah atau mintaklah pada Allah adalah perkara yang sama. Tapi bila kita sebut doa, ia lebih formal..dan kita terfikir tentang ayat-ayat al-Quran yang kita perlu baca dan hafal.

Tapi kalau mintak, mudah saja… Macam kita mintak pada boss kita pulak bunyinya. Mudah sikit kan, kalau mintak ni, kita boleh mintak bila-bila masa.. kalau berdoa pun sama, cuma kadang-kadang kita terasa kalau berdoa tu, kena tunggu setiap akhir waktu solat 5 waktu..

Sebenarnya kita boleh mintak atau berdoa kepada Allah SWT bila-bila masa saja, di mana saja kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun dengan bahasa apa sekalipun, Allah Maha Memahami….

Apa yang anda betul-betul nak? Apa yang betul-betul anda impikan?Anda perlu tuliskan matlamat atau keinginan anda itu di atas kertas. Maafkan saya, saya bukan ustazah..tapi terasa nak berkongsi tentang sedikit ilmu yang kami pelajari dengan mentor kami.

Kami diajar oleh mentor kami untuk berbuat begini supaya lebih jelas apa matlamat kami. Dengan cara menulis matlamat ini, kami dapat rasakan segala impian kami dengan lebih mudah tercapai.

Kata mentor kami, kami perlu yakin apa yang kami tulis, tak kira seberapa banyak sekalipun, ia seperti ‘submission’ doa-doa kita kepada Allah SWT. Bila Allah clear dengan apa yang kita nak, baru senang Dia nak proses segala permintaan kita.

Dan segala permintaan kita itu tiada hadnya.. Jangan hadkan imaginasi anda.. Jangan hadkan doa anda!..

Jadikan meminta-minta ini satu habit kita.. Mintaklah sama ada perkara itu kecil sekecil-kecilnya atau perkara yang besar..

Kalau katakan kita dalam dilema untuk nak buat pilihan matlamat kita..pun sama, kita mintak pada Allah yang mana satu nak dipilih..Sentiasa berhubung dengan Allah, sentiasa berkomunikasi dengan Allah, maka sudah pasti ada keterikatan dan kebergantungan di situ..

Meminta ini satu perkara yang sangat mudah sebenarnya.. Apa saja yang terlintas yang kita nak mintak pada Allah, tulislah matlamat kita itu..Senang sangat..

Contohnya, untuk yang mencari pasangan lebih mudah misi anda, tak perlu nak mengintai sana sini mencari pilihan hati..

Buat saja senarai kriteria macam mana yang kita nak Allah berikan pada kita, tuliskan.. Nak yang muka bulat ke, dahi licin ke, slim ke, berisi ke, orang yang alim ke, semuanya tulis saja.. In-sya Allah tengoklah nanti, cepat je Allah berikan…

Untuk yang nak bisnes pun sama, nak buat bisnes food industry, tulis saja nak bisnes jual bihun, jual madu, bisnes restoran, apa saja yang kita inginkan, hanya tulis di atas sehelai kertas.

Ada juga keinginan kita yang tak perlu ditulis. Contohnya jika kita nak keluar dari rumah, jadikan habit bukan saja berdoa dengan doa naik kenderaan.. tapi kita boleh mintak dengan perkataan mudah saja..

“Ya Allah, kami nak ke Subang Parade Ya Allah.. Mudahkanlah perjalanan kami ke sana, berikanlah traffic yang lancar kepada kami Ya Allah.. Dan Ya Allah, tolong sediakan satu parking untuk kami ya Ya Allah..”

Percayalah, berdoa untuk mendapat parking adalah sesuatu perkara yang sangat mudah..hidup anda akan jadi senang..ke mana saja anda pergi, anda tidak perlu risau lagi..kerana kita sentiasa berhubung dengan Allah..

Kalau anda sentiasa praktis meminta pada Allah perkara-perkara yang kecil ini, barulah lama kelamaan kita akan rasa lebih yakin lagi dengan Allah.. lebih yakin dengan kekuasaan Allah.. dan bila lebih yakin lagi, kita cuba mintak yang lebih besar..dan Allah beri lagi..kita bertambah yakin lagi…

Lama kelamaan hubungan kita dan kebergantungan kita kepada Allah menjadi sangat kuat dan sangat hebat.. Hidup kita akan jadi lebih tenang dan mudah jika kita sangat yakin dengan Allah!..

 

ALLAH MAHA MEMBERI.

Sekian, Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.