Membaja Pokok Durian Yang Terkena Racun

Membaja Pokok Durian Yang Terkena Racun

Membangunkan blog ni macam bela POKOK DURIAN MOASANG KING. Sekarang ni saya dalam operasi menyuburkan blog www.rahsiavitamin.com Dulunya subur dan berbuah, beberapa tahun lalu pucuknya disambar petir, dahannya patah dilanda ribut dan akarnya dah terkena racun sikit.

Terkena Racun

Tengah bubuh baja buah dan memangkas dahan-dahan yang tak guna supaya tumbuh pucuk-pucuk baru yang berbunya. Tersirat maksud tu. .
Nak menghidupkannya punyalah makan masa. Sekali nak mati kejap jer kong.

Website ni dulu tak macam yang anda lihat sekarang. Totally sudah berubah sejak RVMaster ambil alih. Beberapa tahun lalu blog sudah beberapa kali pindah rumah. Dalam proses perpindahan, ada akar yang mati, dahan yang patah dan banyak pucuk yang mati. Buahnya pun dah kurang.

Setelah bertapa menuntut ilmu menyuburkan blog dari sifu-sifu yang bertauliah, akhirnya inilah hasilnya. Walaupun tak sepower dulu, oklah sedang menuju ke puncak semula. Ni baru separuh, banyak lagi tip-tip berbloging yang belum dapat dilaksanakan. Hingga 27/12/2016, masih ada 93 titik kelabu yang perlu dibetulkan.

Sebelum ni lagi teruk. Dengan draft post yang tak terurus dan macam-macam lagi. Alhamdulillah draft post dah hampir setel. Sitelink pun dah mula timbul balik semula kat search engine. Dan InsyaAllah hujung tahun ni bolehlah start blogwalking semula.