Meal Shakes Tidak Selamat Untuk Kanak-Kanak?

Meal Shakes Tidak Selamat Untuk Kanak-Kanak?

Betul ker Meal Shakes Tidak Selamat Untuk Kanak-Kanak? Sesetengah orang ada mempersoalkan status Meal Shakes Shaklee ni selamat atau tidak untuk diambil oleh kanak-kanak.
Meal Shakes Shaklee

Meal Shakes Shaklee sememangnya salah satu produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk  kanak-kanak walaupun sebenarnya ia boleh diamalkan oleh orang dewasa juga. Buat yang masih belum kenal, Meal Shakes Shaklee ni juga sebenarnya adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang:
  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat.
  • Merupakan sumber terbaik serat dan protein.
  • Membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan.
  • Index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.

Betul ker Meal Shakes Shaklee tidak selamat untuk kanak-kanak?

Isu 1: Meal  Shakes Shaklee ada Maltodextrin

Isu utama yang diperkatakan adalah disebabkan Meal Shakes Shaklee mengandungi Maltodextrin di dalamnya. Jadi sebelum melalut menuduh Mealshake Shaklee tidak selamat, kita kenalah tengok dulu apa itu Maltodextrin.

Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai ‘thickener’ atau ‘filler’. Tapi hakikatnya Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum.

Jadi maltodextrin ni BUKANNYA bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia  diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Meal Shakes Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan  ‘glucose’ dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.

Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indek Glisemik nya tinggi, Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi ‘glucose’ di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukan Maltodextrin.

Makanya jika nak ambil makanan yang mempunyai kandungan Maltodextrin yang tinggi, ambillah selepas anda bersenam kerana ketika itu badan anda memerlukan ‘sugar’ atau ‘glucose’ dengan cepat dan Maltodextrin boleh bekalkan tenaga kepada tubuh anda.

Untuk info lanjut berkaitan Maltodextrin, anda boleh lah jenguk di What is Maltodextrin dan Is Maltodextrin Bad For You?

Isu 2: Kandungan gula (‘sugar’) dalam Meal Shakes Shaklee

Meal Shakes Tidak Selamat Untuk Kanak-Kanak?

Isu kedua yang diperkatakan adalah kandungan gula atau ‘sugar’ dalam Meal Shakes. Ia menjadi isu kerana di pelekat ‘Ingredients’ pada Meal Shakes, tertulis untuk serving per 100g, Meal Shakes Shaklee membekalkan 47.1g  gula (‘sugar’) yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak.

Ya ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100g Meal Shakes Shaklee sehari. Tetapi panduan
pada botol Mealshake Shaklee sendiri sudah tertulis Serving Size yang dicadangkan hanyalah 34g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula (‘sugar’).

Memang Shaklee sendiri tidak suruh ambil 100g sehari. Shaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu bersamaan dengan 1/4 cup. Jadi adakah Shaklee Meal Shakes tidak selamat atau kita sendiri tidak ikut panduan makan yang betul?

Isu 3: Meal Shakes tidak sesuai untuk anak bawah 4 atau 6 tahun?

Jika ditanya kebanyakan pengedar, ramai yang akan jawab Meal Shakes Shaklee boleh diberi kepada anak berusia 1 tahun ke atas. Jadi isu ketiga yang timbul adalah Shaklee tidak pernah mengatakan ia
selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun.

Apa yang anda harus tahu, serving size 34g dicadangkan oleh Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.

Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya masih belum matang. Di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri. Untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun, jika mahu diberikan Mealshake Shaklee, kita ada panduan pengambilan yang khusus.

Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang. Nak tahu pengambilannya? Hubungilah pengedar Shaklee anda. Jika anda customer saya, hubungi saya dan pasti saya berikan pada anda.

Tapi pada saya itu bergantung kepada penilaian ibu. Jika anda TIDAK YAKIN walaupun sudah ada panduan pengambilan Meal Shakes Shaklee yang betul mengikut umur anak anda, usah berikan kepada anak anda. Tapi jika anda yakin, pastinya Meal Shakes Shaklee pilihan tepat untuk kesihatan seharian
anak anda.

testimoni meal shakes

Jadi harapnya terjawablah isu Shaklee Meal Shakes tidak selamat untuk kanak-kanak ni ya.. Pada saya terpulang pada ibu sendiri. Saya memang berikan anak saya Meal Shake Shaklee sejak usianya setahun dan sebab itu saya berani cadangkan kepada ibu-ibu semua. Berminat? Hubungi saya…