Masalah Kesuburan dan Cara Menanganinya

Masalah kesuburan dan cara menanganinya

Ketidaksuburan adalah keadaan yang mana seorang wanita gagal hamil selepas melakukan persetubuhan tanpa sebarang alat pelindung (protection), walaupun semasa ovulasi dalam tempoh setahun atau lebih, dan ketidakmampuan seorang wanita untuk meneruskan kehamilan hingga cukup bulan (keguguran). saya sharekan tentang Masalah Kesuburan dan Cara Menanganinya.

Masalah Kesuburan dan Cara Menanganinya

Kegagalan mendapatkan zuriat merupakan isu serius bagi sesetengah pasangan, yang mana ia mungkin membawa kepada makan hati malah membawa kepada perceraian!

Ketidaksuburan biasanya ditujukan kepada wanita. Tidak! Kerana 40% dari kes ketidaksuburan dilaporkan berpunca dari wanita. Mengejutkan kerana 40% kes berpunca cari lelaki! Manakala 20% lagi adalah kedua-dua pasangan tersebut.

Punca wanita tidak subur:

  • Kegagalan berovulasi, atau menghasilkan telur (ovum). Ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon.
  • Terdapat halangan dari ovum yang dihasilkan di ovari untuk bergerak ke uterus. Ini biasanya disebabkan oleh endometriosis, cyst, terdapat jangkitan, atau ketumbuhan pada bahagian berkenaan (tiub falopio).
  • Penyakit berkaitan kelamin.
  • Penyakit berkaitan masalah pelvik.
  • Merokok.
  • Pengambilan kafein yang berlebihan.
  • Terlalu gemuk atau terlalu kurus.
  • Faktor usia (Tahap kesuburan semakin menurun apabila seorang wanita mencapai umur 35 tahun).

Punca lelaki tidak subur:

  • Bilangan sperma yang sedikit (low sperm count)
  • Sperma kurang cergas
  • Sperma yang tidak sempurna
  • Sekatan pada saluran semen
  • Pemakaian seluar dalam yang ketat menyebabkan bahagian testis menjadi panas dan menurunkan tahap penghasilan sperma.

Punca kedua-dua lelaki dan perempuan tidak subur:

  • Kesan dari tekanan perasaan, sakit jiwa dan pelbagai masalah berkaitan emosi.
  • Pendedahan terhadap punca radiasi.
  • Pencemaran contohnya disebabkan oleh racun (rumpai, serangga, etc) dan sebarang racun lain

Ketidaksuburan Disebabkan Oleh Pemakanan

 

Masalah ketidak suburan yang tidak berkaitan dengan kecacatan boleh dibantu dengan pengambilan makanan-makanan yang boleh meningkatkan kesuburan. Contohnya makanan yang digalakkan dan yang TIDAK digalakkan ialah seperti di bawah ni.

Banyak sayur-sayuran yang boleh membantu meningkatkan kesuburan. Elakkan daripada mengambil makanan-makanan yang diproses. Sebaiknya hentikanlah tabiat merokok.  Kalau anda bukan penggemar sayur-sayuran, bolehlah mengambil supplemen-supplemen yang boleh meningkatkan tahap kesuburan anda.