Lelaki Lebih Subur Dengan Vitamin E

Lelaki Lebih SUBUR Dengan Vitamin E

Untuk bacaan mereka yang dah berumahtangga khususnya yang belum mempunyai cahaya mata. Yang belum berumahtangga pun boleh baca.

Lelaki Lebih Subur Dengan Vitamin E

Air Mani Suami Cair

Soalan:

“Salam doctor, saya ingin bertanya. Kami telah berkahwin selama 5 tahun dan belum mempunyai zuriat. Baru-baru ini suami saya telah melakukan pemeriksaan air mani di sebuah klinik dan doctor memberitahu air mani beliau cair.

Pada hal setahun yang lalu pemeriksaan air mani beliau normal. Walau bagaimana pun saya perasan bahawa air mani suami saya mudah keluar dari faraj selepas persetubuhan. Pertanyaan saya ialah jika air mani suami saya cair, ada ubat tak bagi menyembuhkan beliau?

Mohon pencerahan. Terima kasih”

Jawapan:
Wa alaikum mus salam.
Mungkin terma yang sesuai digunakan oleh doctor itu ialah “oligozoospermia”, iaitu merujuk kepada kepekatan air mani dengan kepekatan yang rendah. Dalam bahasa mudahnya mungkin disebut sebagai air mani yang cair.

Ologosperma akan menyebabkan seorang suami akan mengalami masalah kesuburan, selalunya mengambil masa yang agak lama untuk menghamilkan isteri.

Kecairan air mani ini bermakna suami puan mengalami bilangan sperma yang kurang berkualiti (sama ada bentuk atau pergerakannya) dalam air mani.

Air mani yang cair bukan bermakna air mani yang mudah mengalir semula keluar dari faraj selepas hubungan seksual bersama suami.

Air mani yang cair hanya dapat didiagnosa dengan pemiksaan air mani yang dilakukan dalam makmal. Secara amnya diagnose “air mani yang cair” atau “oligozoospermia” haruslah adalah berdasarkan pada dua kali pemeriksaan air mani.

Tidak adil atau tepat jika diagnose itu dilakukan hanya sekali, kerana ada kalanya ia hanya kesilapan makmal.

Secara amnya bilangan sperma yang kurang daripada 15 juta sperma dalam satu ml dianggap rendah dan mengalami kecairan.

Berikut adalah cara menentukan tahap kesuburan lelaki, berdasarkan air mani dalam satu ml.
Ringan: kepekatan sperma 10-20000000 / ml
Sederhana : kepekatan sperma 5-10000000 / ml
Teruk: kepekatan kurang daripada 5 juta sperma / ml
(Rujuk: Padubidri; Daftary (2011). Shaw’s Textbook of Gynaecology,p. 204)

Jika masalah kecairan air mani di peringkat rendah, maka ia lebih mudah dirawat, berbanding dengan masalah kecairan yang teruk.

Jadi saya menasihatkan suami puan lakukan semula pemeriksaan air mani, jika meragui keputusan yang dikeluarkan dari makmal.

Meningkatkan Bilangan Sperma

Untuk permasalahan di atas, banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah kecairan sperma. Antaranya adalah disebabkan faktor usia, jangkitan sperti tumor, kecacatan kromosom dan lain-lain.

Vitamin-E Shaklee
Vitamin E Shaklee

Selain melakukan pembedahan, pengambilan vitamin E juga boleh membantu meningkatkan penghasilan sperma. Vitamin E adalah sejenis vitamin anti-oksidan yang boleh melindungi badan dari serangan radikal bebas.

Menurut kajian “Journal of the Indian Medical Association (Feb-2009)”, bilangan sperma yang rendah juga berkadar langsung dengan kemusnahan oleh radikal bebas. Vitamin E boleh berfungsi sebagai pelindung kepada sperma-sperma daripa dimusnahkan oleh radikal bebas.