Langkah-langkah Pencegahan Demam Kepialu

Langkah-langkah Pencegahan Demam Kepialu (Tifoid)

Sebelum kita baca mengenai langkah-langkah pencegahan, jom baca apa yang boleh sebabkan DEMAM KEPIALU dan simptom-simptomnya.

Demam Kepialu

 

  • Tifoid atau demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman.

  • Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu (1) hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar.
  • Gejala UTAMA adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala.
  • Pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Jika tidak dirawat, gejala tersebut boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti perdarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya.
  • Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini tanpa menunjukkan sebarang gejala. Pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui  pengendalian makanan atau minuman.

Langkah-langkah pencegahan

1. Segera pergi ke Klinik jika mengalami demam, cirit birit atau sakit perut.

2. Tutup semua makanan dan minuman supaya lalat tak hinggap.

3. Minum air yang dah dimasak.

4. Gunakan penyepit/senduk/ sudu/ garpu yang bersih unutk mengambil makanan.

5. Makan makanan yang baru dimasak.

6. Bersihkan kawasan rumah supaya lalat tidak dapat membiak.

7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air yang bersih sebelum dan selepas makan dan juga selepas ke tandas.

8. Gunakan tandas yang sempurna.

9. Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum dimakan.

10. Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih.

Langkah-langkah pencegahan demam kepialu