Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kurangkan Kekejangan Ibu Hamil

Kalsium-Magnesium Kurangkan Kekejangan Ibu Hamil

Sepertimana yang kita sedia maklum, ibu mengandung memerlukan banyak Kalsium sepanjang tempoh kehamilan, untuk keperluan diri sendiri dan tumbesaran bayi dalam kandungan. Tahukah anda Kalsium-Magnesium Kurangkan Kekejangan Ibu Hamil?

high calsium food
Keperluan Kalsium meningkat kepada 1200mg sewaktu mengandung. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak boleh mengambil makanan tenusu adalah lebih cenderung mengalami masalah kekurangan kalsium.

Bagi ibu-ibu yang tidak boleh mengambil makanan tenusu samada alahan atau sebagainya, pilihan yang  tepat adalah dengan mengambil suplemen Kalsium sebagai pengganti bagi membekalkan sumber kalsium yang secukupnya.

Terutamanya apabila si ibu sudah masuk ke fasa trimester 3 mengandung, di mana pertumbuhan sistem skeletal bayi adalah di waktu kemuncaknya, di mana tulang & gigi bayi sedang membentuk dengan pesat.

Kajian menunjukkan bahawa fetus mengambil 13mg kalsium per jam dari darah si ibu! Bersamaan dengan 250mg – 300 mg kalsium sehari!!!

Selain daripada itu, Kalsium juga membantu sistem peredaran darah, sisitem maskular dan sistem saraf berjalan dengan lancar. Jika tiada jumlah kalsium yang mencukupi di dalam diet harian anda, maka jumlah kalsium yang diperlukan oleh bayi akan diambil secara terus dari tulang anda!

Tanda-tanda Kekurangan Kalsium Semasa Hamil

Gejala paling kerap berlaku terutamanya apabila kandungan memasuki 3rd trimester ialah “cramp” atau kekejangan di bahagian kaki ibu mengandung terutamanya di waktu malam. Malah ada yang beranggapan fenomena ini adalah suatu ‘ketidakselesaan normal’ bagi ibu mengandung!

Jika anda sering mengalami cramp semasa hamil, cuba periksa pemakanan anda. Adakah menu anda dilengkapi sumber kalsium yang mencukupi?

Hakikatnya, kekejangan kaki ini boleh dikurangkan, malah dielakkan sekiranya si ibu mengambil jumlah kalsium harian yang mencukupi!

Kalsium dan magnesium bekerja secara sinergi.

➨ Kalsium menggalakkan otot untuk bekerja

➨ Magnesium merehatkan otot. Selain itu, Magnesium juga mengawal & menyeimbangkan insulin dan paras gula di dalam darah, serta membantu penghasilan tulang dan gigi yang kuat.Kekurangan Kalsium-Magnesium yang melampau sewaktu mengandung boleh menyumbang kepada pre-eclampsia dan masalah sewaktu kelahiran. Jadi, jika anda kurang mengambil produk tenusu dalam diet harian anda, pastikan anda mengambil makanan tambahan Kalsium yang lengkap dengan nisbah Magnesium yang sepatutnya!

Di Shaklee, kami mempunyai suplemen Kalsium-Magnesium yang lengkap dengan Vitamin-D dan banyak lagi, yang dikenali sebagai Shaklee OsteMatrix. Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium.


AWAS!
Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.
shaklee ostematrix

Sebiji OsteMatrix mengandungi 250mg Kalsium, beserta nisbah Magnesium yang bersesuaian. Jadi, mudah untuk anda mengira berapakah jumlah kalsium (dan magnesium) yang telah anda ambil untuk hari ini! Ianya juga mudah untuk ditelan. Seperti biasa, hubungi kami untuk mendapatkan harga istimewa!

Bagaimana memilih suplemen Kalsium yang baik?

➨ Pilih produk kalsium yang mengandungi Vitamin D dan Magnesium
*Credit GenkiMomma, edited RV.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.