Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kolum Title Kat Post Admin Panel WordPress Jadi Kecil

Kolum Title Kat Post Admin Panel WordPress Jadi Kecil ! ! !

Untuk blogger yang guna wordpress, mungkin korang pernah alami benda camni. Kolum title kat post admin panel wordpress jadi kecil. Untuk yang tak paham post ni pasal apa, abaikan saja. Baca post-post RV yang lain yer. Untuk orang yang dah ‘pro’, boleh duduk diam-diam. Takpun kasi komen kat bawah tu macammana benda tu boleh jadi.

Kolum Title Kat Post Admin Panel WordPress Jadi Kecil

Pada pandangan ahlil nujum rahsia vitamin .com yang tak seberapa hebat ni, benda jadi sebab plug-in Yeost. Bila korang update yeaost version baru, akan bertambah beberapa panel menu yang baru, selain ‘title’, ‘author’, ‘categories’, ‘tags’ dan lain-lain lagi. So panel menu yang baru akan tolak korang punya ‘title’ menu tu ke tepi.

Dan satu lagi mungkin ada masalah dengan themes yang korang pakai. RV tau korang mesti taknak tukar theme kan?. Sebab tak mau tukar theme lain, saya tunjukkan alternative yang saya pelajari. Simple, mudah dan senang (Sama la tu suma). Bawah ni yang RV Master buat. Sejuk mata memandang.  Lebar semua menu boleh di edit sesuka hati.

Kolum Title Kat Post Admin Panel WordPress Kecik Sangat After

 

Buat Plug-in Sendiri

Caranya ialah buat plug-in sendiri. Sebenarnya tak ler sesusah mana pun.

  1. Copy jer code kat bawah ni.

    <?php
    /*
    Plugin Name: Rahsia_Vitamin
    */

    add_action(‘admin_head’, ‘Rahsia_Vitamin_admin_head’);

    function Rahsia_Vitamin_admin_head() {
    echo ‘<style type=”text/css”>’;
    echo ‘.column-date { width:100px !important; overflow:hidden }’;
    echo ‘.column-tags { width:80px !important; overflow:hidden }’;
    echo ‘.column-tptn_total { width:60px !important; overflow:hidden }’;
    echo ‘.column-tptn_daily { width:60px !important; overflow:hidden }’;
    echo ‘.column-wp_review_rating { width:60px !important; overflow:hidden }’;
    echo ‘.column-tptn_both { display: none }’;
    echo ‘.column-author { width:60px !important; overflow:hidden }’;
    echo ‘.column-categories { width:80px !important; overflow:hidden }’;
    echo ‘.column-title a { width:30px !important }’;
    echo ‘</style>’;
    }
    ?>

  2. ‘Paste’ kan kat dalam notepad, save as rahsiavitamin.php file.
  3. Kalau tak suka perkataan Rahsia_Vitamin kat dalam code tu, boleh tukar dengan nama lain. Kalau  tak nak tukar pun okkay jer. Takder orang nampak pun.
  4. Pergi ke cPanel File Manager server korang.  Upload plug-in yang baru tu kat /wp-content/plugins.
  5. Activatekan plugin tu macam biasa kat wordpress dashboard. Pergi kat ‘Installed Plugins’, cari nama plugin tadi. Activatekan.
  6. Kalau nak tukar kelebaran tu, adjust jer jumlah kelebaran dalam plugin editor. (Cth: ‘width:30px’ –> ‘width:80px’ ) terpulang kat korang.

Tak perlu pening kepala bermain dengan code CSS bagai.

PERHATIAN: Kod diatas tu adalah ‘free code’ dan  berfungsi untuk website rahsiavitamin.com. Saya tak bertanggungjawab jika ianya mendatangkan kecelakaan terhadap anda dan website anda. Sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.