Santan lambatkan kesan Alzheimer

Santan lambatkan kesan Alzheimer

Santan lambatkan kesan Alzheimer

Sebelum artikel luput dek zaman, mari kita abadikan kat sini dulu. Santan lambatkan kesan Alzheimer.


Kita biasa dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan santan kelapa kerana dikatakan mengandungi lemak tepu yang tinggi sekali gus meningkatkan paras kolesterol yang menyebabkan masalah kegemukan serta penyakit jantung.

Alzheimer

Sebenarnya, dakwaan itu mitos semata-mata berikutan kajian saintifik menunjukkan santan dan minyak kelapa adalah lemak tepu yang kaya dengan asid lemak rantaian sederhana (MCFAs) yang mempunyai pelbagai manfaat menakjubkan untuk kesihatan.

Asid lemak juga dipanggil trigliserida. MCFAs mengandungi antara enam hingga 12 rantaian karbon iaitu asid caproic (C6), asid caprylic (C8), asid capric (C10) dan asid lauric (C12). Setiap asid lemak ini mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat penyakit atau masalah kesihatan tertentu.

Makanan yang mengandungi MCFAs membantu menambah tenaga, meningkatkan metabolisme, meningkatkan pembakaran lemak, mengurangkan jumlah pengambilan makan, merendahkan jisim lemak tubuh dan mengurangkan berat badan.

Walaupun asid caproic, asid caprylic dan asid capric banyak diperoleh dari sumber semula jadi lain seperti susu kambing, tetapi minyak kelapa mengandungi kombinasi MCFAs dengan komponen utama adalah asid laurik iaitu kira-kira 50 peratus.

Asid laurik juga paling dikenali berkhasiat berbanding asid lemak lain dan bertindak sebagai agen anti mikrobial yang digunakan dalam penyimpanan pemakanan, ubatan dan nutraseutikal.

Malah, asid laurik yang dicerna dengan enzim dalam tubuh manusia menghasilkan monogliserida dikenali monolaurin yang membunuh patogen berbahaya seperti bakteria, virus dan kulat.

MCFAs dalam minyak kelapa mengalami proses metabolisme dalam tubuh yang berbeza daripada asid lemak rantaian panjang (LCFAs) apabila ia menuju terus ke hati dari saluran pencernaan.

Penguraian MCFAs dalam hati menghasilkan zat keton yang digunakan sebagai sumber tenaga serta-merta tanpa perlu menyimpannya sebagai lemak badan.

Zat keton terdiri daripada tiga sebatian water soluble, dua sebatian digunakan sebagai sumber tenaga dalam jantung dan otak, manakala satu sebatian lagi adalah bahan kumuh dari tubuh. Dalam otak, zat keton adalah sumber tenaga penting ketika kandungan glukosa sangat rendah seperti sedang berpuasa, senaman berat, karbohidrat rendah, diet ketogenik dan neonatal.

Penggunaan asid lemak ini sebagai sumber tenaga serta-merta juga mempunyai kesan terapeutik pada gang­guan otak seperti epilepsi dan penyakit Alzheimer.

Sementara itu, kajian baru oleh pakar anti penuaan dari Jepun menunjukkan peranan penting pemakanan tradisional Asia yang kaya dengan santan kelapa dan ikan berminyak dalam antipenuaan apabila manfaat dari MCFAs dan Omega-3 itu mampu melambatkan permulaan penyakit degeneratif dan kronik seperti Alzheimer dan penyakit jantung sekali gus menawarkan kehidupan hari tua yang lebih sihat.

Perubahan fizikal dan sosial yang dikaitkan dengan penuaan digabungkan dengan kesan yang melemahkan badan disebabkan penyakit berbilang, akut dan kronik seperti penyakit jantung dan strok, hipertensi, diabetes, kegagalan ginjal, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, demensia dan banyak lagi.

Kemampuan menguruskan populasi penduduk yang semakin berusia dengan baik dan cekap akan menjadi antara cabaran terbesar bagi Malaysia, malah kepada populasi itu sendiri, penjaga mereka dan golongan profesional dalam penjagaan kesihatan.

Mengambil kira populasi penduduk warga emas negara ini yang semakin bertambah, kajian ini mempunyai implikasi kepada mereka, golongan dewasa yang bekerja dan generasi muda yang akan menjaga mereka.

Sebagai perspektif, 15 tahun lalu bilangan rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas adalah 1.4 juta orang dan diunjurkan meningkat kepada 3.3 juta orang menjelang 2020. Peratusan populasi penduduk negara ini yang berumur 60 tahun ke atas lima tahun lagi dijangka meningkat dua kali ganda  menjadi satu daripada 10 orang, berbanding satu daripada 20 orang pada 2000.

Profesor Dr Takuji Shirasawa dari Jabatan Perubatan Kawalan Penuaan, Universiti Juntendo, membentangkan penemuan saintifiknya yang terbaru mengenai peranan nutrisi dalam antipenuaan dan pelaksanaan dapatan dari kajian antipenuaan itu ke dalam pemakanan rakyat Malaysia pada Persidangan Kebangsaan Persatuan Pakar Diet Malaysia di ibu negara, baru-baru ini.

Dr Takuji pakar dalam perubatan preventif untuk orang tua terkemuka di Jepun dan sudah menulis lebih 260 buku, menjadikan beliau antara penulis perubatan paling popular di negara berkenaan. Beliau turut berkongsi kajiannya itu dalam taklimat bersama media anjuran Ayam Brand, pengeluar makanan dalam tin.

Menurut Dr Takuji, kajian beliau menunjukkan bahawa strategi nutrisi yang menggabungkan nutrien utama tertentu seperti MCFAs dan Omega-3 serta kemajuan dalam corak pemakanan yang lazim di Asia Tenggara termasuk Malaysia boleh membantu mencegah permulaan pramatang penyakit yang menyumbang kepada kesihatan yang berpanjangan.

Penyakit Alzheimer adalah sejenis penyakit degeneratif saraf kronik yang menjadi penyebab 60 hingga 70 peratus daripada kes demensia. Tanda-tanda awal yang biasa penyakit ini adalah kesukaran mengingati perkara yang baru berlaku (kehilangan ingatan jangka pendek). Apabila penyakit itu mula merebak, tanda-tanda lain yang muncul adalah masalah pertuturan, mudah hilang arah atau sesat jalan, mood sentiasa berubah-ubah, hilang motivasi, mengabaikan pengurusan diri dan masalah kelakuan.

Pesakit yang semakin teruk biasanya akan menjauhkan diri daripada keluarga dan masyarakat. Fungsi tubuh akan hilang sedikit demi sedikit dan akhirnya membawa kepada kematian. “Penyakit Alzheimer masalah yang biasa dihidapi oleh golongan berusia dan dianggarkan memberi kesan  kepada sekurang-kurangnya 5 peratus  daripada populasi berumur 65 tahun ke atas. Dalam penyakit Alzheimer, neuron tidak dapat menggunakan glukos, tetapi boleh menggunakan zat keton sebagai sumber tenaga. Inilah sebabnya penyakit Alzheimer kini dikenali sebagai diabetes jenis III.

“Santan kelapa adalah lemak tepu yang kaya dengan MCFAs yang memberikan harapan bagi pencegahan atau pengurangan  kesan degeneratif penyakit Alzheimer. Ini kerana, MCFAs disintesis menjadi zat keton dalam hati dan boleh digunakan sebagai sumber tenaga untuk neuron yang boleh membantu dalam melengahkan permulaan atau memberi kelegaan daripada penyakit Alzheimer.

“Pemakanan tradisional Asia termasuk Malaysia yang kaya dengan santan kelapa boleh memberi manfaat nutrisi kepada populasi penduduk berusia dari segi melengahkan permulaan penyakit degeneratif saraf seperti penyakit Alzheimer ini.

“Ini peringkat yang kita tidak boleh abaikan berikutan keperluan penjagaan kesihatan mereka meningkat seiring dengan pertambahan populasi penduduk berusia. Nutrisi preventif yang jika diamalkan sekarang boleh memberikan mereka perlindungan untuk kemudian hari,” katanya. Menurutnya, nutrisi boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan proses penuaan yang sihat dan pada masa yang sama mengurangkan risiko penyakit degeneratif seperti Alzheimer.

Dalam kajian itu juga menunjukkan penukaran kepada pemakanan yang lebih bersifat melindungi walaupun pada usia dewasa memberikan manfaat perlindungan yang boleh membantu melambatkan permulaan penyakit degeneratif dan kronik seperti Alzheimer dan diabetes, malah ia juga menawarkan manfaat perlindungan kardio.

Bagi kebanyakan orang dewasa, menukar jenis pemakanan mungkin sukar dilakukan kerana citarasa yang sudah lama terbentuk.

Bagaimanapun, jenis pemakanan yang disyorkan Dr Takuji boleh disesuaikan dengan pemakanan tempatan dengan penekanan diberikan kepada ikan berminyak seperti sardin, ikan laut dalam seperti tuna dan santan kelapa yang suatu ketika dahulu banyak dikecam dari segi perubatan.

Beliau memberi contoh kesan perubahan tabiat pemakanan dalam pengambilan ikan yang menunjukkan bagaimana makanan yang diproses membawa impak negatif kepada kesihatan, termasuk dalam populasi penduduk berusia.

omegaguard

“Nisbah ideal pengambilan Omega-3 ke Omega-6 adalah 1:1 atau 1:2. Bagaimanapun, makanan moden yang diproses yang mempunyai kandungan tinggi minyak sayuran diproses iaitu lemak perlu yang boleh mengubah nisbah ini menjadi 1:20.

“Omega-6 sudah terbukti meningkatkan kadar kematian akibat penyakit jantung, manakala Omega-3 bersifat melindungi kardio. Kita sepatutnya meningkatkan pengambilan Omega-3 dan mengurangkan pengambilan Omega-6. Cara mudah adalah dengan memakan lebih banyak ikan berminyak seperti sardin, makerel dan salmon.

“Mujurlah masih ada masa bagi mereka yang mencapai umur 30-an, 40-an dan 50-an membuat perubahan positif terhadap pemakanan mereka. Anda masih boleh menikmati masakan Malaysia yang sedap-sedap, asalkan anda membuat pilihan berdasarkan maklumat yang tepat. Berubahlah sekarang supaya anda mampu menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti,” katanya.

Omega-3 dan Omega-6 adalah dalam kumpulan asid lemak tidak tepu yang berasal dari sumber haiwan dan tumbuhan serta cair pada suhu bilik. Kedua-dua asid lemak ini diklasifikasi sebagai lemak politaktepu (PUFA), manakala Omega-9 adalah lemak monotaktepu (MUFA).

Kepentingan asid lemak Omega-3 adalah asid alpha-linolenic (ALA), asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA). ALA adalah
asid lemak perlu yang bermaksud mesti dibekalkan dalam pemakanan menerusi makanan tambahan.

Tubuh boleh mengubah ALA kepada EPA dan DHA, tetapi prosesnya tidak cekap menyebabkan pengambilan makanan mengandungi EPA dan DHA adalah penting. EPA dan DHA memainkan peranan penting dalam pembangunan otak dan sistem saraf pusat serta memiliki ciri-ciri anti radang yang kuat.

Disebabkan asid lemak Omega-3 penting untuk pembangunan otak, ada teori mengatakan makanan tambahan boleh membantu dalam rawatan gangguan neuro. Anti radang dalam Omega-3 juga membantu mengatasi masalah keradangan.

Kandungan utama Omega-6 yang ditemui dalam makanan adalah asid linoleic (LA) yang juga asid lemak perlu yang ditukar kepada PUFA jenis lain dipanggil asid arakidonik (AA). Asid ini dan EPA bertindak sebagai pendahulu kepada kumpulan penting molekul isyarat dikenali sebagai eicosanoids.

Eicosanoids diperoleh daripada AA meningkatkan keradangan dan intensiti serta tempoh kesakitan dan demam, manakala eicosanoids yang diperoleh dari EPA memberi Omega-3 ciri anti radang yang kuat.

Keseimbangan kedua-dua jenis eicosanoids ini memberikan implikasi yang penting kepada tindak balas tubuh terhadap keradangan. Keradangan berlaku akibat kita mengambil lebih banyak Omega-6 daripada Omega-3.

Disebabkan asid lemak Omega-3 dan Omega-6 adalah sebahagian daripada semua sel dalam tubuh, perubahan dalam sebatian pemakanan mengandungi asid lemak mempunyai kesan langsung dalam kepekatan asid lemak dalam sel membran. Pusingan ini mendatangkan kesan kepada jumlah keradangan melawan eicosanoids anti radang yang dihasilkan oleh sel tubuh.

“Oleh kerana nisbah pengambilan Omega-3 kepada Omega-6 berubah disebabkan pengambilan lemak perlu berlebihan, kita disyorkan supaya mengambil lebih banyak makanan mengandungi Omega-3 dan mengurangkan pengambilan makanan mengandungi Omega-6,” katanya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2015 @ 5:01 AM

 

Kita
biasa dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan santan kelapa kerana
dikatakan mengandungi lemak tepu yang tinggi sekali gus meningkatkan
paras kolesterol yang menyebabkan masalah kegemukan serta penyakit
jantung.
Sebenarnya, dakwaan itu mitos semata-mata berikutan kajian saintifik
menunjukkan santan dan minyak kelapa adalah lemak tepu yang kaya dengan
asid lemak rantaian sederhana (MCFAs) yang mempunyai pelbagai manfaat
menakjubkan untuk kesihatan. Asid lemak juga dipanggil trigliserida.
MCFAs mengandungi antara enam hingga 12 rantaian karbon iaitu asid
caproic (C6), asid caprylic (C8), asid capric (C10) dan asid lauric
(C12). Setiap asid lemak ini mempunyai khasiat tersendiri untuk merawat
penyakit atau masalah kesihatan tertentu.
Makanan yang mengandungi MCFAs membantu menambah tenaga, meningkatkan
metabolisme, meningkatkan pembakaran lemak, mengurangkan jumlah
pengambilan makan, merendahkan jisim lemak tubuh dan mengurangkan berat
badan.
Walaupun asid caproic, asid caprylic dan asid capric banyak diperoleh
dari sumber semula jadi lain seperti susu kambing, tetapi minyak kelapa
mengandungi kombinasi MCFAs dengan komponen utama adalah asid laurik
iaitu kira-kira 50 peratus.
Asid laurik juga paling dikenali berkhasiat berbanding asid lemak
lain dan bertindak sebagai agen anti mikrobial yang digunakan dalam
penyimpanan pemakanan, ubatan dan nutraseutikal.
Malah, asid laurik yang dicerna dengan enzim dalam tubuh manusia
menghasilkan monogliserida dikenali monolaurin yang membunuh patogen
berbahaya seperti bakteria, virus dan kulat.
MCFAs dalam minyak kelapa mengalami proses metabolisme dalam tubuh
yang berbeza daripada asid lemak rantaian panjang (LCFAs) apabila ia
menuju terus ke hati dari saluran pencernaan. Penguraian MCFAs dalam
hati menghasilkan zat keton yang digunakan sebagai sumber tenaga
serta-merta tanpa perlu menyimpannya sebagai lemak badan.
Zat keton terdiri daripada tiga sebatian water soluble, dua sebatian
digunakan sebagai sumber tenaga dalam jantung dan otak, manakala satu
sebatian lagi adalah bahan kumuh dari tubuh. Dalam otak, zat keton
adalah sumber tenaga penting ketika kandungan glukosa sangat rendah
seperti sedang berpuasa, senaman berat, karbohidrat rendah, diet
ketogenik dan neonatal.
Penggunaan asid lemak ini sebagai sumber tenaga serta-merta juga
mempunyai kesan terapeutik pada gang­guan otak seperti epilepsi dan
penyakit Alzheimer.
Sementara itu, kajian baru oleh pakar anti penuaan dari Jepun
menunjukkan peranan penting pemakanan tradisional Asia yang kaya dengan
santan kelapa dan ikan berminyak dalam antipenuaan apabila manfaat dari
MCFAs dan Omega-3 itu mampu melambatkan permulaan penyakit degeneratif
dan kronik seperti Alzheimer dan penyakit jantung sekali gus menawarkan
kehidupan hari tua yang lebih sihat.
Perubahan fizikal dan sosial yang dikaitkan dengan penuaan
digabungkan dengan kesan yang melemahkan badan disebabkan penyakit
berbilang, akut dan kronik seperti penyakit jantung dan strok,
hipertensi, diabetes, kegagalan ginjal, penyakit Alzheimer, penyakit
Parkinson, demensia dan banyak lagi.
Kemampuan menguruskan populasi penduduk yang semakin berusia dengan
baik dan cekap akan menjadi antara cabaran terbesar bagi Malaysia, malah
kepada populasi itu sendiri, penjaga mereka dan golongan profesional
dalam penjagaan kesihatan.
Mengambil kira populasi penduduk warga emas negara ini yang semakin
bertambah, kajian ini mempunyai implikasi kepada mereka, golongan dewasa
yang bekerja dan generasi muda yang akan menjaga mereka.
Sebagai perspektif, 15 tahun lalu bilangan rakyat Malaysia berumur 60
tahun ke atas adalah 1.4 juta orang dan diunjurkan meningkat kepada 3.3
juta orang menjelang 2020. Peratusan populasi penduduk negara ini yang
berumur 60 tahun ke atas lima tahun lagi dijangka meningkat dua kali
ganda menjadi satu daripada 10 orang, berbanding satu daripada 20 orang
pada 2000.
Profesor Dr Takuji Shirasawa dari Jabatan Perubatan Kawalan Penuaan,
Universiti Juntendo, membentangkan penemuan saintifiknya yang terbaru
mengenai peranan nutrisi dalam antipenuaan dan pelaksanaan dapatan dari
kajian antipenuaan itu ke dalam pemakanan rakyat Malaysia pada
Persidangan Kebangsaan Persatuan Pakar Diet Malaysia di ibu negara,
baru-baru ini.
Dr Takuji pakar dalam perubatan preventif untuk orang tua terkemuka
di Jepun dan sudah menulis lebih 260 buku, menjadikan beliau antara
penulis perubatan paling popular di negara berkenaan.
Beliau turut berkongsi kajiannya itu dalam taklimat bersama media anjuran Ayam Brand, pengeluar makanan dalam tin.
Menurut Dr Takuji, kajian beliau menunjukkan bahawa strategi nutrisi
yang menggabungkan nutrien utama tertentu seperti MCFAs dan Omega-3
serta kemajuan dalam corak pemakanan yang lazim di Asia Tenggara
termasuk Malaysia boleh membantu mencegah permulaan pramatang penyakit
yang menyumbang kepada kesihatan yang berpanjangan.
Penyakit Alzheimer adalah sejenis penyakit degeneratif saraf kronik
yang menjadi penyebab 60 hingga 70 peratus daripada kes demensia.
Tanda-tanda awal yang biasa penyakit ini adalah kesukaran mengingati
perkara yang baru berlaku (kehilangan ingatan jangka pendek).
Apabila penyakit itu mula merebak, tanda-tanda lain yang muncul
adalah masalah pertuturan, mudah hilang arah atau sesat jalan, mood
sentiasa berubah-ubah, hilang motivasi, mengabaikan pengurusan diri dan
masalah kelakuan.
Pesakit yang semakin teruk biasanya akan menjauhkan diri daripada
keluarga dan masyarakat. Fungsi tubuh akan hilang sedikit demi sedikit
dan akhirnya membawa kepada kematian.
“Penyakit Alzheimer masalah yang biasa dihidapi oleh golongan berusia
dan dianggarkan memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 5 peratus
daripada populasi berumur 65 tahun ke atas. Dalam penyakit Alzheimer,
neuron tidak dapat menggunakan glukos, tetapi boleh menggunakan zat
keton sebagai sumber tenaga. Inilah sebabnya penyakit Alzheimer kini
dikenali sebagai diabetes jenis III.
“Santan kelapa adalah lemak tepu yang kaya dengan MCFAs yang
memberikan harapan bagi pencegahan atau pengurangan kesan degeneratif
penyakit Alzheimer. Ini kerana, MCFAs disintesis menjadi zat keton dalam
hati dan boleh digunakan sebagai sumber tenaga untuk neuron yang boleh
membantu dalam melengahkan permulaan atau memberi kelegaan daripada
penyakit Alzheimer.
“Pemakanan tradisional Asia termasuk Malaysia yang kaya dengan santan
kelapa boleh memberi manfaat nutrisi kepada populasi penduduk berusia
dari segi melengahkan permulaan penyakit degeneratif saraf seperti
penyakit Alzheimer ini.
“Ini peringkat yang kita tidak boleh abaikan berikutan keperluan
penjagaan kesihatan mereka meningkat seiring dengan pertambahan populasi
penduduk berusia. Nutrisi preventif yang jika diamalkan sekarang boleh
memberikan mereka perlindungan untuk kemudian hari,” katanya.
Menurutnya, nutrisi boleh memainkan peranan penting dalam
menggalakkan proses penuaan yang sihat dan pada masa yang sama
mengurangkan risiko penyakit degeneratif seperti Alzheimer.
Dalam kajian itu juga menunjukkan penukaran kepada pemakanan yang
lebih bersifat melindungi walaupun pada usia dewasa memberikan manfaat
perlindungan yang boleh membantu melambatkan permulaan penyakit
degeneratif dan kronik seperti Alzheimer dan diabetes, malah ia juga
menawarkan manfaat perlindungan kardio.
Bagi kebanyakan orang dewasa, menukar jenis pemakanan mungkin sukar dilakukan kerana citarasa yang sudah lama terbentuk.
Bagaimanapun, jenis pemakanan yang disyorkan Dr Takuji boleh
disesuaikan dengan pemakanan tempatan dengan penekanan diberikan kepada
ikan berminyak seperti sardin, ikan laut dalam seperti tuna dan santan
kelapa yang suatu ketika dahulu banyak dikecam dari segi perubatan.
Beliau memberi contoh kesan perubahan tabiat pemakanan dalam
pengambilan ikan yang menunjukkan bagaimana makanan yang diproses
membawa impak negatif kepada kesihatan, termasuk dalam populasi penduduk
berusia.
“Nisbah ideal pengambilan Omega-3 ke Omega-6 adalah 1:1 atau 1:2.
Bagaimanapun, makanan moden yang diproses yang mempunyai kandungan
tinggi minyak sayuran diproses iaitu lemak perlu yang boleh mengubah
nisbah ini menjadi 1:20.
“Omega-6 sudah terbukti meningkatkan kadar kematian akibat penyakit
jantung, manakala Omega-3 bersifat melindungi kardio. Kita sepatutnya
meningkatkan pengambilan Omega-3 dan mengurangkan pengambilan Omega-6.
Cara mudah adalah dengan memakan lebih banyak ikan berminyak seperti
sardin, makerel dan salmon.
“Mujurlah masih ada masa bagi mereka yang mencapai umur 30-an, 40-an
dan 50-an membuat perubahan positif terhadap pemakanan mereka. Anda
masih boleh menikmati masakan Malaysia yang sedap-sedap, asalkan anda
membuat pilihan berdasarkan maklumat yang tepat. Berubahlah sekarang
supaya anda mampu menjalani kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti,”
katanya.
Omega-3 dan Omega-6 adalah dalam kumpulan asid lemak tidak tepu yang
berasal dari sumber haiwan dan tumbuhan serta cair pada suhu bilik.
Kedua-dua asid lemak ini diklasifikasi sebagai lemak politaktepu (PUFA),
manakala Omega-9 adalah lemak monotaktepu (MUFA).
Kepentingan asid lemak Omega-3 adalah asid alpha-linolenic (ALA),
asid eicosapentaenoic (EPA) dan asid docosahexaenoic (DHA). ALA adalah
asid lemak perlu yang bermaksud mesti dibekalkan dalam pemakanan
menerusi makanan tambahan.
Tubuh boleh mengubah ALA kepada EPA dan DHA, tetapi prosesnya tidak
cekap menyebabkan pengambilan makanan mengandungi EPA dan DHA adalah
penting. EPA dan DHA memainkan peranan penting dalam pembangunan otak
dan sistem saraf pusat serta memiliki ciri-ciri anti radang yang kuat.
Disebabkan asid lemak Omega-3 penting untuk pembangunan otak, ada
teori mengatakan makanan tambahan boleh membantu dalam rawatan gangguan
neuro. Anti radang dalam Omega-3 juga membantu mengatasi masalah
keradangan.
Kandungan utama Omega-6 yang ditemui dalam makanan adalah asid
linoleic (LA) yang juga asid lemak perlu yang ditukar kepada PUFA jenis
lain dipanggil asid arakidonik (AA). Asid ini dan EPA bertindak sebagai
pendahulu kepada kumpulan penting molekul isyarat dikenali sebagai
eicosanoids.
Eicosanoids diperoleh daripada AA meningkatkan keradangan dan
intensiti serta tempoh kesakitan dan demam, manakala eicosanoids yang
diperoleh dari EPA memberi Omega-3 ciri anti radang yang kuat.
Keseimbangan kedua-dua jenis eicosanoids ini memberikan implikasi
yang penting kepada tindak balas tubuh terhadap keradangan. Keradangan
berlaku akibat kita mengambil lebih banyak Omega-6 daripada Omega-3.
Disebabkan asid lemak Omega-3 dan Omega-6 adalah sebahagian daripada
semua sel dalam tubuh, perubahan dalam sebatian pemakanan mengandungi
asid lemak mempunyai kesan langsung dalam kepekatan asid lemak dalam sel
membran. Pusingan ini mendatangkan kesan kepada jumlah keradangan
melawan eicosanoids anti radang yang dihasilkan oleh sel tubuh.
“Oleh kerana nisbah pengambilan Omega-3 kepada Omega-6 berubah
disebabkan pengambilan lemak perlu berlebihan, kita disyorkan supaya
mengambil lebih banyak makanan mengandungi Omega-3 dan mengurangkan
pengambilan makanan mengandungi Omega-6,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2015 @ 5:01 AM

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57616#sthash.PEI1jgbQ.dpuf