Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kerap Letih Tanda Kanser Usus

Kerap Letih Tanda Kanser Usus?

Kanser Kolon juga boleh menyebabkan kanser usus. Menurut sumber, kebanyakkan penghidap barah usus dikesan pada tahap akhir kerana ianya tiada gejala. Jangan ambil mudah ye kawan-kawan. Usus kita bekerja TANPA HENTI setiap hari kan?

 

Kanser Usus

Faktor/risiko menghidap kanser usus:

1. Diet tidak seimbang iaitu kerap mengambil makanan banyak lemak dan kurang makan serat.

2. Kegemukan.

3. Bekas pesakit kanser kolon yang sudah menjalani pembedahan membuang kanser berkenaan.

4. Pesakit pernah mempunyai polip dalam usus. Tidak semua polip berisiko mendapat kanser usus. Cuma satu polip iaitu adenomatous dipercayai penyebab kanser.

5. Risiko mendapat kanser usus meningkat apabila semakin bertambah umur. Mereka yang berusia lebih 40 tahun ada risiko.

6. Gaya hidup sedentari iaitu kurang bersenam.

 

Gejala biasanya bergantung pada bagaimana kanser itu terjadi, antaranya:

1. Keluar darah melalui dubur – bergantung pada di mana usus itu berada. Jika kanser terjadi di bahagian berdekatan dubur, darah yang keluar berwarna merah terang dan cair. Jika berlaku di sebelah kanan, darah biasanya bercampur najis dan ia berwarna lebih pekat.

2. Perubahan tabiat buang air besar. Kadangkala pesakit mengalami cirit-birit dan diselang seli dengan keadaan normal juga sembelit. Pesakit juga kadangkala tidak puas buang air besar iaitu terasa ingin membuang air besar tetapi tiada apa yang keluar.

3. Sakit perut lebih kepada bahagian kiri abdomen.

4. Berat badan berkurangan tanpa sebab.

5. Muka pucat, kurang darah (anemia), letih dan tidak bermaya.

6. Kurang 10 peratus pesakit mengalami penyumbatan usus.

 

Mengurangkan risiko kanser usus:

1. Mengamalkan hidup sihat iaitu mengambil makanan berkhasiat dengan melebihkan sayuran dan buah-buahan.

2. Mengurangkan makanan lemak haiwan seperti kambing dan lembu.

3. Mengekalkan berat badan seimbang.

4. Bersenam.

5. Tidak merokok.

6. Tidak mengambil minuman keras.

 

Empat rawatan utama untuk kanser usus

• Pembedahan.

• Radioterapi.

• Kemoterapi.

• Target terapi.

Sumber:- Harian Metro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.