Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kenapa Susu Badan Saya Kurang?

Kenapa Susu Badan Saya Kurang?

Kenapa Susu Badan Saya Kurang

Ramai yang mengadu kepada saya Kenapa Susu Badan Saya Kurang terutama apabila ibu dah kembali bekerja. Dari pengamatan saya, masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu berkenaan berpunca dari:

  • Tidak disiplin mengepam. → Maklum saja bila dah kerja bukan boleh suka-suka hati nak tinggal kerja, terutama yang sentiasa kena ‘on-call’ atau ‘stand-by’. Ibu yang bekerja di kaunter, kerja di production line, dsb biasanya menghadapi masalah untuk mengepam secara konsisten.
  • Bayi keliru puting. → Ada bayi yang apabila diberi puting botol, maka dia lebih menggemari puting botol berbanding ibunya sendiri. Ini menyebabkan ibu kurang mendapat rangsangan penyusuan kerana bayi kurang menyusu di payudara.
  • Kurang minum air. → Maklumlah bila dah sibuk tu, nasiblah bernafas ni tak payah nak diperingat. Kalau tak bernafas pun lupa.
  • Stress. → Tak ramai yang sedari bahawa dia sebenarnya dalam keadaan stress. Stress ni tak semestinya datang dalam keadaan kita tertekan, rasa nak bunuh diri, etc.. stress juga terjadi bila terlalu banyak benda nak difikir/dibuat dalam satu masa, walaupun kita rasa “Eh, aku OK je” tapi kimia-kimia dalam tubuh kita kadang tak dapat nak cope.

Saya pernah berkongsi susu perahan saya bertambah dari 24 oz ke 40 oz dan juga bagaimana susu badan saya semakin banyak, namun saya juga ada mengalami susu merudum. Ia berlaku pada hari saya sangat sibuk atau sangat penat. Adakalanya saya cuma dapat pam 18 oz sahaja (biasa average 24 oz).

Bila stress, tubuh kita dah sedia ‘bekerja’. Stress dan penghasilan susu ibu mempunyai hubungan yang
istimewa. Bila menyusu/mengeluarkan susu, hormon yang  melegakan stress dikeluarkan, dan kita akan berasa tenang. Namun, untuk mengeluarkan susu, kita memerlukan hormon anti-stress itu juga. Laksana air mutlak, suci lagi menyucikan. Penyusuan ibu juga, tenang lagi menenangkan.

Jadi bila susu semakin kurang, cuba buat spot check sikit:

  • Adakah anda mengepam di pejabat 2-3 jam sekali?
  • Adakah bayi anda masih gemar menyusu di payudara seperti semasa bercuti?
  • Adakah anda cukup minum air (biasa 8 gelas sehari, bagi yang mengambil supplement 3 liter sehari)
  • Adakah anda menghadapi tekanan walaupun sedikit?
  • Adakah anda cukup rehat?

Jadi pastikan jawapan2 utk bersoalan di atas:

  • YA
  • YA
  • YA
  • TIDAK
  • YA

Jika tak sama, cube lah sama kan ikut skema soalan bocor.. hehehe… Pengambilan supplement itu sepatutnya up-front, bukan last resort. Begitu juga milk booster yang lain. Yang penting, stimulasi. Kalau yang atas tu tak dipenuhi, makan ler milk booster dari planet marikh pun, pasti tak dapat hasil yang memuaskan.

credit

Seperti ayat yang biasa kita dengar..

“Dah makan milk booster XXX, tapi susu x banyak pon! mesti vitamin XXX ni tak bagus!”

Janganlah cepat nak menyalahkan vitamin (yang tak bersalah tu..).. cuba kaji balik konsep asas penyusuan. SUPPLY vs DEMAND.. MAKIN KERAP/BANYAK RANGSANGAN, MAKIN BANYAKLAH SUSU AKAN TERHASIL.

Kalau konsep yang penting ni kita tak amalkan dengan disiplin, makanlah seberapa banyak milk booster sekalipun, susu tak akan jadi banyak!

Ingat yer!!

Supplement/vitamin BUKANLAH ubat ajaib yang boleh membanyakkan susu. Ia membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan ibu yang menyusu.. Contohnya badan tak rasa penat, dah tak rasa mengantuk, bertenaga, perut lawas dah tak sembelit dan banyak lagi…

Tapi bila ada yang dah set dalam minda, makan vitamin confirm susu banyak… dan bila hasilnya tak seperti yang diharapkan, kita mudah menyalahkan vitamin tidak bagus…walhal sudah ada kesan positif tadi yang mungkin kita tak sedari (taksub dengan susu banyak). Apa2 pon.. tepuk dada tanya selera!

So dah terjawabkan soalan “Kenapa Susu Badan Saya Kurang? “(^-^)/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.