Kenapa Orang Johor Raya Sebulan?

Kenapa Orang Johor Raya Sebulan?

Ada juga soalan macam ni yer. Kenapa Orang Johor Raya Sebulan? Macammana nak jawab yer… Orang Johor yang lain boleh tolong jawab tak? Mungkin di negeri lain pun ada yang beraya sebulan, cuma rasanya lebih sinonim dengan negeri Johor kot. Sebenarnya bukan sebulan, tapi LEBIH dari sebulan pun ado. Tak caya? Meh datang Johor.

Kenapa Orang Johor Raya Sebulan?

PicCredit: google.com

#RayaSebulan

Ini sebab-sebab (versi saya) Orang Johor Raya Sebulan:

1. Dah puasa sebulan, Tu sebabnya kami nak beraya sebulan. Kan.. kan.. kan… (Jawapan standard.. hehehe)

2. Adat kunjung-mengunjung kan dah menjadi tradisi kita. So, kalau hari raya pertama tu memang gerenti tak sempat punyalah nak beraya sakan. Paling banyak pun tiga buah rumah jer. Tu pun rumah sedara-mara jer.

Pagi-pagi lepas sembahyang raya, kebanyakan tuan rumah pergi ikut “Bara’an” sampailah ke tengah hari. So tak best ler nak beraya time tuan rumah takder kat rumah. Biasanya lebih kurang pukul 3 ker 4 baru kitaorang gerak beraya ke rumah sanak- saudara (skemanya perkataan).

Sedara-mara kami ramai dan jauh-jauh. Manalah sempat nak beraya dalam satu hari. Tu sebabnya kami nak beraya sebulan.

3. Tu tak kira kalau rumah kena terjah dengan sedara-mara. Sekali datang, AMIK KOW sampai 3 ~ 4 buah kereta satu rombongan. Tu baru satu trip, kalau kena 2 ~ 3 trip, memang tak berayalah. Mau-mau pukul 9 malam dah tutup lampu (tak tipu punya, memang terjadi dan memang “sejarah mungkin berulang” Newboyz). So bila masa kami nak beraya pulak? Manalah sempat nak beraya dalam satu hari. Tu sebabnya kami nak beraya sebulan.

4. Untuk yang dah berkahwin, terutamanya yang berkahwin dengan orang luar Johor, selalunya sistem beraya selang setahun akan diguna-pakai. Stuju? So, mana yang terkena beraya di perantauan pada hari raya pertama, nak tak nak kena balas balik beraya lepas-lepas tu ler.

Kalu tak pergi menziarah tak sedap pulak. Adik-beradik, jiran-jiran, kawan-kawan, fuhh banyak tu.  Biasanya cuti raya pun tak panjang. Hari-hari biasa semua kerja, so masa nak beraya hanya dihujung-hujung minggu. Tu yang sampai beraya sampai ke hujung-hujung Syawal tu. Tu sebabnya kami nak beraya sebulan.

5. Masa raya nie lah kita nak pergi rumah terbuka. Hari biasa tak der nya nak pergi saja-saja. Selalunya rumah terbuka buat masa hujung minggu jer. Dalam sebulan ader 4 kali jer hujung minggu. Kalau dalam satu company tu ada 10 orang nak buat rumah terbuka, pandai-pandailah korang pilih tarikh. Silap pilih tarikh kita orang tak datang. Kan haru-biru tu.Itu baru member satu company, tak kira kawan sekolah lama, jiran-jiran lama, sedara-mara, sedara-sedara baru. Tu sebabnya kami nak beraya sebulan.

Okkaylah  cukup 5 sebab jer dulu. Ada orang lain nak tambah? Cer komen kat bawah tu. Lain kali kita cerita lagi yer. Ok bai.

Selamat Beraya Sebulan.