6 Sebab Kenapa Anda Perlu Pencuci Mesra Alam

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Pencuci Mesra Alam

Dalam kesibukan kita bekerja, tahukah kita bahan-bahan kimia yang berada disekeliling kita? Sedang kita mencuci pinggan, mencuci kain dan membersihkan rumah, kita terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan kita. Di sini saya sharekan 6 Sebab Kenapa Anda Perlu Pencuci Mesra Alam.

Close up of a wooden clothespins on a clothesline

 

1. Penggunaan Bahan Kimia Yang Tidak Terkawal

Tahukah anda, sejak perang dunia ke-2, 85,000 bahan kimia yang baru telah digunapakai  dalam produk-produk untuk kegunaan ramai. Kebanyakan bahan-bahan kimia yang digunakan adalah bahan-bahan yang terlarang dan tidak diluluskan oleh EPA (Environmental Protection Agency). Dan yang lebih menakutkan lagi ialah 70% bahan-bahan kimia yang berbahaya tersebut digunakan di dalam produk pencuci yang kita gunakan sehari-hari.

2. Penggunaan Phthalates, Sodium Hidroksida & Ammonia 

Pernahkah anda melihat label pada botol pencuci yang anda gunakan? Kebanyakannya akan mempunyai tatacara menggunakannya dan amaran bahayanya kepada manusia atau binatang. Mengikut kajian pakar, secara purata setiap rumah akan terdedah kepada 62 jenis toksik dari penggunaan bahan kimia yang kita sendiri tidak perasan. Beberapa bahan kimia berbahaya yang kita gunakan ialah phtalates (dalam perfume), triclosan (dalam cecair pencuci pinggan mangkuk), 2-Butoxyethanol (bahan pencuci pelbagai guna) dan Klorin (bahan pemutih baju dan pencuci tandas).

3. Menjaga Keselamatan Anak-anak

Kita tidak akan mampu melindungi 100% anak-anak kita dari anasir jahat disekeliling kita, tetapi setidak-tidaknya kita pasti mampu menjauhkan anak kita dari bahan-bahan kimia yang ada dalam rumah kita. Penggunaan produk mesra alam setidak-tidaknya boleh mengurangkan risiko-risiko keracunan.

Berdasarkan fakta kes, 5 sebab utama terjadinya keracunan dikalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh keracunan bahan pencuci. Selain bertukar kepada pencuci mesra alam, segala bahan-bahan pencuci mestilah disimpan ditempat yang tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak.

4. Mencemari Sumber Air

Pelbagai agen pencuci dirumah kita mungkin mengandungi bahan kimia yang bertoksik seperti Ammonia, Fosforus, Alkiphenol-etoxilate dan petroleum. Apabila kita mencuci pinggan mangkuk, baju dan tandas, air basuhan tersebut akan disalurkan balik ke sistem pengairan yang berdekatan seperti sungai, tasik dan parit . Pada masa yang sama air ini jugalah yang kita akan gunakan semula untuk minum. Ini kan memberikan kesan yang negatif kepada haiwan dan alam sekitar.

5. Bernafas Bersih Bernafas Sihat

Produk-produk yang menjadikan pakaian dan bilik anda menjadi harum seperti pelembut pakaian dan semburan anti-bakteria,  1/4 daripada kandungannya mempunyai sebatian ammonia seperti benzalkonium klorida. Agen ini adalah penyumbang untuk orang sihat mendapat Asma (semput).

Dan berdasarkan kajian keatas produk pencuci,  53 % daripadanya mempunyai bahan-bahan yang boleh membahayakan paru-paru dan 22% boleh menyebabkan Asma.

6. Mengekalkan Udara Yang Bersih

Kebanyakan produk di dalam rumah kita terutamanya produk semburan, di dalam setiap tin semburan pastinya mengandungi sebatian yang boleh meruap di udara dan boleh memberikan kesan kepada sistem saraf, hati dan buah pinggang. Tahukah anda, setiap kali anda menggunakan semburan, bahan kimia tersebut akan kekal berterbangan di udara.

Sumber: Abesmarket

Produk Pencuci Mesra Alam Shaklee

Pencuci Mesra Alam

  1. Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate – Kaedah Mencuci Secara Semula Jadi Tanpa Racun.
  2. Dish Wash Concentrate – Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan.
  3. Fresh Laundry Concentrate – Formula Semula Jadi untuk Pakaian yang Lebih Bersih
  4. Soft Fabric Concentrate – Melembutkan Pakaian