Shaklee Offer

Kembara Ilmu di Kelantan Darul Naim

Kembara Ilmu di Kelantan Darul Naim

Kembara Ilmu di Kelantan Darul Naim

Alhamdulillah. Selamat pergi dan selamat kembali. Pada 14 Nov 2015, kami ‘sekeluarga’ berjaya  juga menyertai Program B.E.S.T Shaklee yang dianjurkan oleh Kak N (Master Norita) dan Abang Naquib (Master Naquib) di Kota Bahru, Kelantan. Kembara Ilmu di Kelantan Darul Naim.

Ini kali kedua kami berkunjung ke Kota Baru. Perjalanan terus dari Johor mengambil masa 12 jam setengah. Termasukklah beberapa kali berhenti rehat. Selalunya kami akan berhenti dipertengahan jalan untuk bermalam. Tapi kali nie cuba mencari kelainan.

Memang memenatkan. Lain kali tak buat dah. En. Driver memang terus tumbang sampai kat kelantan. Anak-anak nampak ok jer. Seronok pusing-pusing kelantan. Sempat pergi Kahfi Tomyam tepi sungai, Wakaf Chek Yeh, Pasar Siti Khadijah.

Tujuan utama kami datang adalah untuk menyertai seminar Shaklee di negeri cik siti wan
kembang ni adalah untuk mengorek ilmu baru dari sifu-sifu dan juga
menggalas tugas sebagai speaker jemputan.

Banyak ilmu-ilmu baru yang disampaikan dan saya percaya peserta tidak akan lupa ilmu-ilmu yang disampaikan. Terutamanya ilmu berkaitan ‘NAJIHAH’, cara-cara ‘SANTAU’ pelanggan dan tips-tips nak buat ‘Tupperware Meeting’. Ilmu baru tu semua tau.

Terima kasih kepada semua peserta yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kami pada kali ini termasuklah anak buah kami Pn. Farha sekeluarga.

Ribuan kemaafan dari pihak kami sekiranya penerangan saya
ada yang kurang jelas atau tidak faham. Semoga apa yang disampaikan
oleh saya, Kak N dan Abg Naquib dapat memberi manfaat kepada anda semua.


“PENCARIAN ILMU ITU TAKKAN PERNAH BERAKHIR SEHINGGA KITA KEMBALI KEPADA-NYA’