Kelas Online Asid Lemak Omega-3 Bersama Nutritionist Shaklee

Kelas Online Asid Lemak Omega-3 | Alhamdulillah pagi Isnin walau sibuk nak uruskan anak-anak ke sekolah, KakTie sempat juga join class online bersama Nutritionist Shaklee, Puan Sarah.

Tajuk topik hari ini ialah tentang Manfaat Asid Lemak Omega-3 dan Kenapa Perlu Pilih Omega Guard Shaklee. Banyak sangat info menarik yang KakTie dapat hari ini. Tekun menyalin semua nota tadi. Makin bersemangat nak berkongsi kebaikan dan manfaat dengan pembaca semua.

Sebelum itu mari kita fahamkan dahulu apa sebenarnya asid lemak Omega-3 tu ye?

Asid Lemak Omega-3 : Apakah ia ?

Asid lemak Omega-3 merupakan lemak yang paling sihat antara semua lemak. Ia sangat penting untuk tubuh kita kerana asid lemak Omega-3 ini diperlukan untuk membantu dalam penghasilan membran sel badan kita.

Membran sel adalah selaput atau dinding yang melindungi setiap sel dalam badan kita.

Apabila membran sel kita sihat, proses keluar dan masuk nutrien ke dalam sel dapat berlaku dengan sangat lancar. Sel yang sihat dapat menyokong tisu, organ dan sistem dalam badan kita berfungsi dengan lebih baik.

Walaubagaimanapun, asid lemak Omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Ia hanya boleh diperoleh melalui pemakanan dan suplemen sahaja.

Omega-3 banyak didapati dalam ikan seperti salmon, tuna, sardin, tumbuhan dan kekacang.

Jenis-jenis Asid Lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3 terbahagi kepada dua jenis iaitu :

  • Rantai panjang (long-chain) Omega-3 adalah EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid). Kedua-duanya banyak terdapat dalam ikan dan kerang. Alga pula memberi sumber DHA sahaja.
  • Rantai pendek (short-chain) Omega-3 adalah ALA (alpha-linolenic acid). Ini terdapat dalam tumbuhan, seperti flaxseed. Walaubagaimanapun asid lemak ALA mempunyai manfaat kesihatan yang kurang berbanding EPA dan DHA. Anda perlu makan banyak untuk mendapatkan faedah yang sama seperti yang anda dapat dari sumber ikan.

 

Manfaat Omega-3 Untuk Kesihatan

Beratus-ratus kajian mencadangkan bahawa Omega-3 boleh memberikan beberapa faedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser, asthma, kemurungan, penyakit kardiovaskular, ADHD, dan penyakit autoimun, seperti rheumatoid arthritis.

Asid lemak Omega-3  yang sangat penting dan mempunyai banyak manfaat kesihatan itu adalah DHA & EPA. Kedua-duanya kaya dengan sifat anti keradangan. Kita boleh dapati kebanyakkan produk di pasaran sekarang mempunyai DHA dan EPA untuk memberi manfaat kepada kesihatan pengguna.

 

KakTie akan huraikan satu persatu 7 manfaat utama Omega-3 di dalam entry seterusnya.

  • Omega-3 Untuk Menyokong Jantung Sihat
  • Omega-3 Untuk Meningkatkan Fungsi Otak
  • Omega-3 Untuk Menyokong Fleksibiliti Sendi
  • Omega-3 Untuk Menyokong Perkembangan Bayi
  • Omega-3 Untuk Menyokong Kulit Sihat
  • Omega-3 Untuk Meningkatkan Imun Badan
  • Omega-3 Untuk Menyokong Sperma Sihat

Follow FB Yati Hanapi dan IG @eitay.napi untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan dan promosi yang ohsem. WhatsApp 019-7200429 untuk petanyaan tentang Shaklee.

Untuk mendaftar keahlian segera (Express Enrollment) sila ke “Join Now” dan nikmati penjimatan harga yang terhebat untuk anda sebagai pengguna Shaklee.

Disclaimer: This website is not intended to replace professional consultation, diagnosis, or treatment by a licensed physician. Shaklee products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. If you require any medical related advice, contact your physician promptly.

Penafian: Laman web ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat profesional, diagnosis, atau rawatan oleh pakar perubatan berlesen. Produk Shaklee tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Jika anda memerlukan sebarang nasihat berkaitan perubatan, hubungi doktor anda dengan segera.