Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kawasan HotSpot Denggi Kat Johor

kawasan hotspot denggi kat johor

Kawasan Wabak Denggi Johor (Updated: 17/02/2016)

Kawasan Hotspot Denggi Kat Johor

Percaya ke tak? Inilah kawasan hotspot denggi kat Johor. Setakat tahun Feb 2016, Johor DT masih mengungguli carta kes tertinggi, 3,119 kes. Sebab tu saya buat post nie. Harap-harap kejiranan Johor ambil tindakan sewajarnya. Kawasan saya setakat ni, bebas wabak denggi. Kawasan korang macammana?

Untuk kawasan-kawasan dan negeri-negeri lain,  kalau nak tau lebih detail statistik dan kawasan wabak denggi, boleh klik link iDengue.

ZIKA

ZIKA

Sekarang ni dah keluar penularan wabak baru bawaan nyamuk Aedes, VIRUS ZIKA. Penyakit ini  menyebabkan demam yang ringan serta bintik-bintik (rashes) di badan, sakit sendi tetapi tidak menyebabkan kematian.

Virus Zika telah dikaitkan dengan kejadian “microcephaly” iaitu kelahiran bayi dengan kepala/otak mengecil dan juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu sindrom “Guillain-Barre”. “Microcephaly” merupakan kecacatan otak/kepala yang kekal yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa.

Pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah daripada jangkitan dan tiada ubat khusus untuk merawat penyakit Zika. Oleh yang demikian, perkara penting yang perlu dilakukan oleh orang ramai adalah melaksanakan langkah-langkah pencegahan terutama memastikan persekitaran yang bersih dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes.

Setiap individu dinasihatkan melindungi diri daripada gigitan nyamuk seperti memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang serta menggunakan repelan. Sekiranya menghidap gejala dan tanda-tanda jangkitan Zika seperti demam, sakit badan, ruam dan konjuktivitis dalam tempoh 7 hari setelah kembali dari 33 negara yang dijangkiti virus Zika, segeralah mendapatkan rawatan di klinik ataupun hospital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.