Shaklee Offer

Kaitan Rupa Bentuk Kuku dan Penyakit

Kaitan Rupa Bentuk Kuku dan Penyakit

Post kali ini saya ambil dari akbar harian metro yang berkaitan tentang kuku dan penyakit. Kuku tangan tumbuh dengan kadar tiga milimeter sebulan iaitu dua hingga empat kali ganda kadar pertumbuhan kuku kaki.

Dasar kuku pula ialah lapisan kulit untuk yang menampung plat kuku. Warna sebenar kuku mengikut rona dasar kuku yang kaya dengan kapilari dan kelenjar. Justeru, warna kuku boleh mencerminkan tahap kesihatan diri kita.

Kuku yang sihat boleh dilihat dari segi kebersihannya, mempunyai permukaan licin tanpa alur dan warna seragam. Ia harus bebas daripada tompokan, berubah warna atau menjadi pudar.

1. Kuku putih – Kegagalan buah pinggang.

2. Kuku kekuningan – Ini biasanya berkaitan dengan penyakit pernafasan seperti bronkitis kronik. Kuku kelihatan menebal dan pertumbuhannya perlahan lalu menyebabkan kuku berubah menjadi warna kuning.

3. Lekuk melintang di atas kuku – Lekukan melintang ini dipanggil garis Beau. Lekukan ini berkembang di bawah kutikel apabila pertumbuhan kuku diganggu oleh kecederaan atau penyakit yang teruk.

4. Kuku berbintik – Kuku mempunyai lekukan kecil di atasnya. Ia dikaitkan dengan masalah kulit yang dipanggil psoriasis dan beberapa keadaan autoimun.

5. Kuku bergulung – Berpunca daripada jangkitan kulat.

6. Kuku cembung – Keadaan hujung jari membengkak dan kuku berlekuk di sekelilingnya. Ia berkaitan dengan penyakit jantung, paru-paru, usus, atau penyakit hati. Dalam keadaan tertentu bagi penyakit jantung, warna kuku clubbing boleh menjadi biru.

7. Kuku sudu – Kuku nipis dan melengkung keluar yang dikaitkan dengan masalah anemia (kurang zat besi).

Sumber: Harian Metro