Tips DIY Sabun Basuh Kereta Dengan Basic-H

ByRV Master

Tips DIY Sabun Basuh Kereta Dengan Basic-H

Basuh Kereta Dengan Basic-H

Tips ni untuk mereka yang suka basuh kereta sendiri yer. Siapa kata tak boleh basuh kereta dengan Basic-H Shaklee. Tapi ada rahsianya yang korang kena tahu. Nak tahu cara nak jadikan Basic-H Shaklee sebagai sabun basuh kereta anda? baca artikel ni sampai habis. Lepas ni mesti korang tak beli dah sabun cuci kereta yang mahal giler kat luar tu.

basuh Kereta Dengan Basic-H

Pencuci Serbaguna Dari Shaklee “Basic-H”

Basic-H ni adalah PENCUCI SERBAGUNA yang mesra alam. Agen pencuci tak menghakis tapi berkesan menanggalkan kotoran. Boleh cuci toilet, boleh cuci dapur, meja makan, basuh kasut sekolah dan lain-lain lagi. Tapi pernah tak korang dengar Basic-H digunakan sebagai sabun pencuci kereta? Persoalannya, basic-h kan selalunya tak menghasilkan buih seperti dalam gambar tu? Ajaibkan?

Semua tu hasil try and error selama setahun. Sebenarnya dah lama berjaya. Cuma terlupa nak sharekan kat korang jer. Hehehehe. Tapi ingatkan yer. Tips nie BUKAN Shaklee yang ajar yer. So kalau jadi aper-aper kat kereta korang jangan ko mintak claim kat Shaklee pulak. Kat Abam lagi ler jangan. Semua risiko TANGGUNG SENDIRI.

Kereta Abam ni, kereta Proton Ezora jer. So memadailah guna baldi yang bersaiz tinggi 1 kaki x Diameter 1 kaki. Jangan membazir sabun yer. Cara nak buat bancuhan air sabunnya ialah. Jeng jeng jeng. Korang picit botol basic-H 3 kali. Picit sampai keluar isinya lah kan. Kalau tak keluar tu tonggengkan sikit then baru picit. Jangan ko urut pulak lain jadinya nanti. hahahaha.

Lepas tu, ko pergi masuk bilik mandi korang, amik sabun mandi korang yang jenis cecair tu. Senyap-senyap korang bawa pergi keluar. Jangan sampai mak korang nampak. Kalau kena bebel korang tanggung sendiri. Ko tekan pam sabun tu 3 ker 4 kali dalam baldi yang ada basic-H tu.Lepas tu ko pancutkan air paip sampai penuh satu baldi. Then siap untuk digunakan. Tu JER? yer lah tujer. simple jer. Kacang goreng.

Peringatan!!!

Ingat yer SABUN MANDI. BUKAN sabun basuh baju. BUKAN sabuh cuci lantai. Serius nih. Sabun mandi-manda ni selaunya tak sekuat sabun-sabun pencuci baju , pencuci lantai yang lain. So kalau korang campurkan dengan basic-H, InsyaAllah ia tak manghasilkan gas-gas yang berbau pelik-pelik dan beracun.

Itulah saja tips berjimat di zaman kegawatan nih. Selamat mencuba.# Basic-H .

About the author

RV Master administrator

2 Comments so far

Noriza RahmanPosted on4:46 pm - Apr 9, 2017

Wah menarik sangat tips abam sudir bagi ni. Boleh suh encik suami try
Noriza Rahman recently posted…Limited Offer PWP Enrollment Promotion Shaker 600ml, April 2017 !My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.