Shaklee Offer

Ketahui Jenis-Jenis Virus Selsema

Jenis-Jenis Virus Selsema

Cuaca tak menentu. Musim selsema dah datang balik. Mari kita amik tahu Jenis-Jenis Virus Selsema. Tak semua selsema sama. Sesetengah selsema menyebabkan penyakit dan sesetengahnya hanya menunjukkan simptom-simtom yang sederhana.

Jenis-Jenis Virus Selsema

Apa itu Selsema?

Selsema atau dalam bahasa saintifiknya kita sebut Flu/Influenza. Selsema adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan pada saluran pernafasan oleh bermacam-macam jenis virus selsema. Simtom-simtom nak kena selsema kebiasaannya akan sakit-sakit otot badan, sakit tekak (lelangit mulut), sakit kepala atau demam.

Bagaimana Selsema Menyebabkan Saya Sakit

Virus selsema akan memasuki badan melalui mukus membran pada hidung, mata atau mulut. Setiap kali anda menyentuh salah satu dari bahagian ini, anda mempunyai kebarangkalian untuk dijangkiti oleh virus yang menyebabkan selsema.

Membasuh tangan sekerap mungkin adalah sangat penting bagi memastikan tangan kita sentiasa bersih daripada kuman. Galakkan ahli keluarga kita untuk mengamalkan nilai murni ini supaya kita kekal bersih dan sihat.

Jenis-jenis Virus Selsema

Ada tiga jenis virus selsema: A, B dan C. Jenis A dan B adalah jenis selsema yang selalu menjangkiti manusia dan menyebabkan kita sedu, terasa sakit-sakit badan, batuk dan mengalami demam panas. Jenis C juga boleh menyebabkan selsema tetapi simtom-simtomnya adalah tidak teruk.

Apakah Virus Selsema Jenis A?

Virus Selsema Jenis A boleh menjangkiti haiwan. Burung-burung adalah haiwan yang kebiasaanya menjadi perumah bagi virus selsema. Virus jenis A ini sentiasa berubah dan secara kebiasaanya boleh menyebabkan wabak selsema.

Virus selsema A2 disebarkan oleh manusia yang telah dijangkiti oleh virus selsema ini. Kebiasaan kawasan yang mempunyai virus ini adalah kawasan atau permukaan yang telah disentuh oleh individu yang telah dijangkiti virus selsema ini terutamanya kawasan yang terdedah ketika dia bersin.

Apakah Virus Selsema Jenis B?

Tidak seperti Virus jenis A, Jenis B hanya ditemui hanya pada manusia. Virus jenis B menyebabkan tindakbalas yang kurang berbanding virus jenis A. Tetapi jenis B masih lagiĀ  menyebabkan kemudaratan.

Apakah Virus Selsema Jenis C?

Virus Selsema Jenis C juga ditemui dalam manusia. Jenis ini kurang berbahaya jika dibandingkan jenis A dan Jenis B. Manusia biasanya tidak mengalami kesan jangkitan akibat virus C ini. Virus selsema jenis C tidak menyebabkan wabak.

Baca Cara Atasi Selsema di SINI.