Jangkitan Kuman di Paru-Paru (Pneumonia)

Jangkitan Kuman di Paru-Paru (Pneumonia)

Al-Fatihah untuk sahabat saya Hasnul Rahman yang baru sahaja kembali ke rahmatullah akibat jangkitan paru-paru (Pneumonia). Semoga rohnya dirahmati dan diletakkan dikalangan orang-orang yang bertakwa. Aamiin.

Dalam masa terdekat ni, dah beberapa kes kematian yang saya dengar akibat jangkitan paru-paru. Kebiasaannya jangkitan paru-paru yang kita dengar berlaku kepada bayi, kanak-kanak atau golongan warga emas. Tapi untuk rakan saya yang baru meninggal ni memang diluar jangkaan.

(Pneumonia)

Mari kita tambah kan ilmu berkaitan jangkitan paru-paru. Saya suka baca penerangan dari Dr. Zubaidi.  Info yang ringkas, padat dan mudah untuk difahami.

“Pneumonia adalah penyakit jangkitan kuman dalam paru-paru yang menyebabkan pesakit akan berasa letih dan sukar bernafas. Selain itu, pesakit juga mungkin mengalami batuk berkahak yang teruk dan mengalambil masa yang lama, demam panas yang kuat dan pesakit mengalami rasa sukar bernafas.

Biasanya bagi pesakit dapat boleh dirawat di rumah dengan diberikan antibiotic dan insha ALLAH akan sembuh dalam masa seminggu. Bagi pesakit yang telah berusia 60 tahun ke atas, kanak-kanak terutama bawah umur lima tahun dan pesakit diabetes, jangkitan kuman pada paru-paru selalunya mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh. Jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh membawa maut.

Dalam beberapa kes di mana pesakit tidak dirawat dengan sempurna, pesakit akan mengalami komplikasi seperti mengalami nanah di bahagian paru-paru, mengalami kebocoran paru-paru, masalah pertukaran oksigen dalam paru-paru dan akhirnya membawa maut setelah beberapa minggu.”

 Tanda dan gejala
Saya lebih berminat untuk berkongsi tanda-tanda dan gejala bagi kanak-kanak. Sebab kanak-kanak kadang-kala tak mampu untuk menerangkan kat kita keadaan kesihatan mereka melalui lisan. So, tanggungjawab kita ialah untuk memerhatikan keadaan mereka.

Tanda-tanda ni sebenarnya bergantung kepada asbab umur dan penyakitnya juga. Tetapi secara amnya, kanak-kanak akan mengalami:

  •     Demam panas.
  •     Batuk dengan atau tanpa kahak.
  •     Sakit dada.
  •     Tiada selera makan, tidak mahu makan.
  •     Rasa tidak sihat, sering merengek.
  •     Pernafasan laju atau susah bernafas.
  •     Muntah atau cirit-birit.

Jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya dikalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

  •     Pernafasan laju.
  •     Sukar untuk bernafas.
  •     Bibir menjadi biru.
  •     Batuk berdarah.
  •     Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing.

(Pneumonia)

So, marilah sesama menjaga kesihatan keluarga masing-masing terutama pada perubahan ke musim hujan nie. Dapatkan rawatan segera jika mengalami tanda-tanda jangkitan.

Tingkatkan kebersihan tubuh badan dan kuatkan imunisasi badan dengan pengambilan makanan yang seimbang. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Saya doakan rakan-rakan yang membaca artikel ini diberikan kesihatan yang baik dan berkekalan In-sya-Allah. Aamiin.