Jangan Ambil Mudah HB Rendah Semasa Hamil 1
Jangan Ambil Mudah HB Rendah Semasa Hamil
Untuk ibu-ibu yang sedang hamil , sila ambil perhatian. HB Rendah Semasa Hamil adalah tidak baik untuk kesihatan anda dna baby anda.
Apakah itu ANEMIA?
Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.
Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobin anda semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal).
➨ Apakah tanda-tanda dan gejala anemia?
- Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
- Kelihatan pucat
- Kesukaran bernafas/sesak nafas
- Loya
- Mengalami debaran (palpitasi) – dengupan jantung yang cepat
- Sakit kepala dan pening
- Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
- Mudah lupa
- Mengalami jaundis ataupun kekuningan, terutama pada mata dan kulit
- Sakit di bahagian perut atau abdomen
➨ Kenapa berlakunya anemia?
➨ Siapa yang berisiko mengalami anemia?
- Wanita mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
- Wanita yang mengandung kembar
- Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
- Pemakanan yang tidak baik – kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil zat besi dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.
➨ Adakah anemia berbahaya kepada saya dan bayi?
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan perkara berikut :
[KEPADA IBU]
–Tumpah darah semasa dan selepas bersalin → Jom baca pengalaman tumpah darah Puan Dayah di sini!!!!
-Tekanan darah tinggi(eklampsia)
-Keguguran
-Kematian
[KEPADA BAYI DALAM KANDUNGAN]
-Kematian janin
-Kelahiran bayi tidak cukup bulan (pre-mature baby)
-Kelahiran bayi kurang berat badan
➨ Seriuskah masalah anemia saya?
Tahap anemia adalah seperti berikut:
- < 6.9 : SANGAT TERUK
- 6.9 < 8.0 : TERUK
- 8.0 < 9.5 : SEDERHANA
- 9.5 – 10.5 : RINGAN
Tips Pengambilan Iron Supplement!!
