Jalan-jalan Naik Keretapi ke Kluang

ByRV Master

Jalan-jalan Naik Keretapi ke Kluang

Jalan-Jalan Naik Keretapi ke Kluang

Bukan “Train to Busan”. Train to Kluang jer. Sesekali #JJCM naik keretapi ke Kluang, Johor. Harga tiket dari Kulai untuk dewasa RM12, kanak-kanak RM10. Semua tiket kitaorang dah setelkan hari sebelumnya.

Jalan-Jalan Naik Keretapi ke Kluang

Pada hari kejadian, kelam kabut jugak ler dengan sarapan ala kadar dari rumah. Sampai stesen keretapi kulai pagi tu, terus kami tapau 2 bungkus teh o ais limau, dan 2 bungkus #NasiLemakWakKentut. Ramai giler orang nak sarapan pagi kat sini. Hari cuti, redha jer lah yer.

Kami memecut dari stesen keretapi Kulai LEBIH KURANG pukul 9.30 pagi. Jadual bukan macam keretapi di Jepun yer. Kena letak “lebih kurang” di situ. Perjalanan dijangka mengambil masa lebih kurang satu jam. Ada dua kali berhenti. So far, Alhamdulillah perjalanan lancar.

Sampai ke stesen Kluang, mata terus attack “Kluang Rail Coffee”. UNLUCKY, penuh macam semut hurung gula. Tangguhkan dulu niat di hati. Sebelum balik nanti kupastikan niat akan tertunai jua. hehehe.

Mana tempat nak amik teksi? Takder pun. So beramai-ramailah kami menapak ke Kluang Parade. Adalah lebih kurang 1 km lebih. Cakap kat si kecik tu, training untuk backpacking ke obersea. Ober the sea ler sangat. Relax-relax jap kat KFC sambil hilangkan lenguh kaki.

Kluang Parade banyak kedai-kedai phone, baju-baju. Tak berapa happening sangat. Sempat jugak ler sambar case henpon yang baru + cabel powerbank yang baru.

 

Keretapi ke Kluang – Episode 2

kluang-rail-coffee

Lokasi untuk menapak yang seterusnya, KLUANG MALL !!!. Macamana nak pergi? Apalagi gunalah “Map App.”. Bandar Kluang memang totally dah berubah berbanding masa zaman sekolah dulu. Bangunannya dah berselirat. Dah 360 pusing pun tak nampak Kluang Mall punyer bangunan dari Kluang Parade ni.

Follow map direction, tak jauh pun. 1 km lebih jer. Tapi sebab kena menapak, penat jugak ler dibuatnyer. Si kecik ni dah berzikir suruh naik teksi. Kenderaan boleh tahan banyak. So hati-hati ler yer untuk sesiapa yang bercadang nak menapak kat bandar Kluang ni.

Sesampai jer kat Kluang Mall, “Tadi Ayah kata nak tengok WAYANG”. Hahahaha. Sapa suruh janji, kan dia dah tuntut. Tadi saja jer kasi ayat memujuk untuk si kecik ni terus gagah berjalan. Nak tak nak tunaikan jugaklah permintaan. Movie “Miss Peregrine’s Home for Peculiar Children”. Boleh kasi 4/5 bintang. Boleh tahan best.

Kluang Mall boleh tahan besar berbanding Aeon Tebrau. Kedai-kedainya pun banyak yang menarik. Ada Uniqlo, Pacific supermarket, kedai steamboat yang nampak menarik dll. Tak sempat pusing habis sebab mengejar train balik ke Kulai. Pasti kitaorang akan datang lagi next time.

Menapak semula ke stesen keretapi. Kali ni dah expert sket. Dah tau jalan. Hari dah gelap nak hujan. So kena jalan laju-laju sket. Sesampai jer kat Stesen keretapi, terus tuju Kluang Rail Coffee. Alhamdulillah. Ada meja kosong. Yeeehaaaa. Kopi o satu, roti bun satu, laksa johor satu, telur separuh masak 2.

makan-kluang

Masa untuk pulang. 5.57 petang keretapi sampai. Pengalaman yang amat mengerikan semasa Train to Kulai. Kurang sikit jer ngerinya compare dengan cerita Train to Busan. Saya ceritakan dalam episod seterusnya.

 

Keretapi ke Kluang – Episode 3

20161001_095200

Masa untuk pulang ke Kulai. Perjalanan yang paling mencabar setakat ni. Benda pertama yang mencabar ialah, cabaran nak naik ke koc keretapi nie. Tinggi giler dan takder step. Terkangkang haaa kaw nak melangkah naik. Mintak mahap ler untuk orang yang berat badan berlebihan tu yer. Silap-silap boleh jadi nangka busuk.

Nak buat camno kan. Dah keretapi ni dibuat untuk stesen keretapi jepun. Nak buat keretapi sendiri takder duit. Lagipun ni kan stesen Kluang jer, bukan KLCC. Kalau KLCC takder ler kena terkangkang camni. Kalau tak nak naik sila amik option lain. Terima jerlah seadanya.

Kerusi pulak dah season. Tak boleh dibaringkan. Pergi tadi dapat yang ok. Lurus TULANG BELAKANG ku yang bengkok. Nasib baik satu jam jer. Dah ler lock meja makan yang sangkut kat kerusi passenger depan ni dah rosak. TERCONGEK jer kejadiannya di ikat dengan tali buatan dari beg plastik. Kalau emergency brake maunya makan leher dik oiii.

Yang atas-atas tu punya problem boleh gagah lagi. Yang ni MEMANG BAHAYA. Apabila kita nak ke setiap gerabak kan ada pintu depan belakang. Bolehnya nyer lock tak berfungsi. Kalau keretapi mengereng ke kanan, terbukalah ia. Kalau ngiring ke kiri, tertutup lah ia.

Yang bahayanya bukan pasal pintu tu, tapi BAU TONG TAIK yang berada di antara gerabak tu. Bila pintu gerabak terbuka, Perggghhh harum semerbak baunya. Tak boleh bernafas seminggu kalau sekali tersedut. Kalau yang tengah makan gerenti keluar balik.

Mungkin penutup bawah mangkuk tandas tu yang dah tak berfungsi gamaknyer. Tu yang semerbak harum baunyer. Kalau orang-orang biasa yang boleh tahan tu, maknanya dah sah hidung korang tak korek setahun. ( #Respek kat staff IWK dan Abang KTM yang boleh bersihkan benda tu).

Akhirnya selamat tiba ke Kulai. Berhenti jer keretapi semua penumpang siap-siap beratur dan tutup hidung sambil terjun keluar dari keretapi tu. Kalau korang tengok dah macam ala-ala orang nak terjun menyelam laut dalam tu.

Cepatlah sikitttttt. Boleh ada sorang makcik ni tersangkut dengan beg besornya kat pintu tak boleh terjun keluar. Chettttt dah tak tahan dah ni nak menahan nafass.

THE END.

About the author

RV Master administrator

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.