Shaklee Offer

Jalan-jalan Langkawi Shaklee National Incentive Trip

Jalan-jalan Langkawi Dengan Shaklee Memang Best

Alhamdulillah. Yuk ke Langkawi kitaaa. Lama rasanya tak jejak Langkawi. Kali ni kita pergi #Shakleesponsor segala-gala. Flight ticket, hotel, makan dan jalan-jalan.  Iols bawak duit nak shopping-ping jelah. Inilah yang ditunggu-tunggu Jalan-jalan Langkawi Shaklee National Incentive Trip 2015/2016.

Jalan-jalan Langkawi Shaklee National Incentive Trip

Westin Langkawi – Shaklee National Incentive Trip

Tiket Kelayakan

Setelah setahun menabung point, akhirnya berjaya berbulan madu berdua di Pulau Langkawi. Perkiraannya  pointnya start dari bulan March 2015 hingga Februari 2016.

Jumlah Point yang terkumpul menentukan jumlah tiket yang kita dapat. Alhamdulillah tahun ni lepas 2 tiket. Anak-anak nak letak mana yer? Fikir punya pikir punya pikir, oklah kita letak kat rumah Tok Pi. At least ada sepupu yang sebaya ngan diorang kat sana.

Shaklee Langkawi National Incentive Trip

Invitation Letter

Anak-anak Macamana?

dsc_0055

Honeymoon

Ni first time jalan jauh tak bawa anak-anak. kasi can kat ibu ngan ayah kuar berdua pulak. Sebelum ni kalau ibu pergi training kat KL ker, at least Ayah ada kat rumah. Kali ni kami tinggalkan si ComelLote tu kat rumah Tok Pi.

Training untuk tinggal-tinggalkan anak sekejap. Manalah tau kot-kot ada rezeki pi tempat lain lepas ni. Takdelah anak-anak terkejut kena tinggal. Kalau lepas tiket untuk semua, Alhamdulillah lagi syok kan.

Makan dan Penginapan

Penerbangan, makan minum dan penginapan selama 3 hari 2 malam ditanggung sepenuhnya by Shaklee. Menginap di Westin Langkawi. 5 star tu oooo. Kalau nak ke sini saja-saja, tak mampu lagi weiii.

Ribu-riban harganya semalam. Lebih-lebih lagi kalau bilik yang ngadap ke laut. Lebih baik beli kain batik sepikul lagi bagus. Rezeki jangan ditolak orang kata. Moh kita enjoyyyyy.

dsc_0058

Safely landed

Aktiviti Jalan-jalan Langkawi

Untuk trip kali nie, jumlah business leader yang sertai lebih kurang 200 orang plus kot. Ada yang datang melalui udara . Dan ada juga yang datang ikut laut. Jadual penerbangan untuk 2 kumpulan yang guna dah tersusun cantik.

Kami dapat trip pertama pukul 9.30 pagi. 2nd trip pukul 12.30 rasanya. Alhamdulillah perjalanan lancar. Trip kedua dengar cerita kena delay. Aircon tak hidup katanya. Rezeki korang. hehehehe.

Itinerary start dari hari ketibaan sampai hari balik dah penuh tersusun. Cuma bawa badan jer. Dan yang penting kena bawa DUIT. Sebab TERPAKSAlah shopping. Coklat, kain batik murah-murah wei.

Mana boleh tengok jer. Sambar jugaklah sebab dah janji ngan anak-anak. Sebagai ganti diorang tak ikut trip kali nie.

untitled-1

3 days itinerary

Aktiviti – Day 01

Tour Manager dalam bas tu, luarannya sebijik macam Chinese. Tapi namanya ‘AISHAH”. Siapa sangka kan. Don’t jugde book by it cover. Turun jer dari kapal terbang, terus kami dibawa makan tengahari di tengh-tengah Pekan Kuah.

Kami diberi masa lebih kurang 2 jam untuk bershopping. Kedai dah ada dikeliling. Tinggal masuk dan pilih-pilih jer. Penat wei . Nasib baik pakai sport shoe. Kalau tak dah lama kaki jammed.

dsc_0082

Bus trip

Kat tangan ada dua bungkus plastik hijau cap HIG (haji Ismail Group), dua plastik hitam kain-kain dan t-shirt untuk anak-anak. Berat jugak. Nak kisah aper. Abang sado yang bawak kan.

Kain batik dan kain pelikat yang middle kualiti regenya Rm18 sehelai. Kalau kat semenanjung RM25 sehelai tau. Sambarlah juga beberapa helai untuk sendiri pakai.

dsc_0070

Jom shopping

Selesai bershopping, kami di hantar ke resort penginapan di WESTIN, Langkawi. Disambut dengan paluan kompang dan di lobby hotel dah berdiri Presiden dan orang-orang kuat Shaklee yang lain.

Dijamu dengan jamuan ringan. Oklah untuk alas perut. Nak makan banyak pun badan masih penat lagi. Check in masuk ke building no 1, 1st floor. Ngadap laut. Pemandangan yang menyegarkan.

 

dsc_0087

Appertizerrrr

dsc_0095

Our room. Mengadap laut.

Petangnya bersedia untuk dinner di Meritus Pelangi Resort. Buffet dinner, BBQ kambing, udang, sotong, ketam dan macam-macam lagi. Rezeki jangan ditolak. Dah semua depan mata, makan jerlah. Balik nanti baru fikir macam mana nak buang berat badan berlebihan. Sebulan berlari pun belum tentu hilang. hehehe…

Aktiviti – Day 02 Jalan-jalan Langkawi

Lepas solat subuh, terus bergegas sarapan pagi dekat lobby. Aktiviti pertama hari nie ialah naik keta kabel , Sky Bridge dan muzium 3d. Petang ada mangroove tour sambil tengok gua kelawar, tempat ternakan ikan dan kasi makan burung helang.

Sebelum bertolak tu sempat juga stand-up meeting dengan Presiden Shaklee Malaysia. Biasalah masalah bisnes masakini.

meeting

Stand-up meeting

Lepas photoshoot reramai, kami semua naik bas memasing dan bergerak ke destinasi yang ditetapkan. Rombongan terbahagi kepada 2 group. Takut crowded sangat kot. Group kami pergi ke lokasi cabel car, sky bridge  dan muzium 3d. So group satu lagi akan pergi mangroove tour.

dsc_0127

Ni baru separuh je. Ada lagi separuh belum turun.

Masa kitaorang datang 2013 dulu tak dapat naik Sky Bridge. Cuaca tak mengizinkan. Kali cuaca okkay. Pemandangan pun cantik gitu. Gayat tu biasalahkan jarang-jarang naik tempat tinggi. Berkejor masa juga kat Sky Bridge.

Masa yang diberikan memang tak cukup. Posing sana, posing sini, sejam dah berlalu. Muzium 3D belum pergi lagi. Apa lagi bergegas turun ke bawah.

langkawi

Skybridge views

dsc_0174

Jambatan gantung

Ada 300 gambar dalam tu. Memang tak sempat nak berpoya-poya. Amik gambo jalan. Amik gambo jalan. Laju jer kitaorang jalan macam orang tengah mencari tandas. Lain kali kena pergi lagi. Bawak anak-anak sekali. Masa 2013, rasanya muzium ni takder lagi. Muzium 3D terbesar kat Malaysia ni.

3d2

Muzium 3D

12.00 tengahari, semua berkumpul semula dan bergerak ke restoran Nagoya Seafood (Halal yer). Makan tengahari serve style. Memang Shaklee kasi kaw kaw punyer. Dengan ikan siakapnyer, lala, dan macam-macam. Tak tau nama masakan pun ada. Kenyang macam nak meletup perut dibuatnya.

Lepas ni nak mangroove tour plak. Caner nih? Yang bagusnya Shaklee siap provide PeppermintGinger. Takut-takut makan banyak sangat, karang ada yang terkeluar semula pulak. PeppermintGinger ni bagus untuk buang angin lepas makan. Memang cepat dan berkesan.

Setel jer lunch, kami terus naik bas menuju ker jeti untuk mangroove tour. Dari jauh dah terpampang banner “Shaklee Langkawi National Incentive Trip”. Besor giler. Sesampai jer kat jeti, solat Jamak Qasar siap-siap, kami terus beratur kat jeti untuk naik bot.  Ada yang tak boleh join sebab dah sarat (Pregnant). Naik turun bot takut ada effect kat baby plak kan. Play save.

dsc_0323

Mangroove tour

dsc_0372

KILIM Geoforest Park

Kami diberi penerangan tentang Gua Kelawar, fakta berkenaan ikan pari dan helang. Rupa-rupanya ikan pari ni jinak. Tak mempunyai sengat tapi mempunyai lendir bisa dikulitnya. Itu pun kalau kulit kita luka dan terdedah pada lendirnya.

Kebetulan helang tak banyak waktu kami sampai. Mungkin dah kenyang kot. Ada la 4 ~5 ekor jer yang terbang ketika kami sampai. Memang enjoy sesangat mangroove tour ni. Sebab tak penat berjalan. Duduk dalam bot jer pusing-pusing pulau.

mangroove1

Fauna

Settle mangroove tour, kami di hantar ke Cenang Beach. Mana ler tau kot-kot ada yang nak bercandar di tepian pantai. Kami memang dah surrender. Sampai jer kat pantai, jengok pun tidak. Duit untuk dinner Shaklee dah kasi, tapi tak tau nak dinner aper. Last-last tapau jer Subway. Senang cerita.

Balik ke hotel semula memang dah penat giler. Rasanya pukul 9 lebih kami dah pengsan. Boss panggil untuk Meeting Larut Malam(MLm) pun dah tak sedar dah.

dsc_0367

Nice view

Aktiviti – Day 03 Jalan-jalan Langkawi

Masa untuk pulang. Pepagi siap jer bersarapan, terus check luggage kat lobby. Mana ler tau kot-kot bell boy terlupa angkut ker. Sempat juga snap sana, snap sini sebagai kenang-kenangan bahawa kami pernah sampai ke hotel ni. hehehhe.

langkawi2

Westin views

Flight berlepas pukul 11.30 pagi dari Langkawi dan sampai lebih kurang pukul 12.35 tengahari. Inilah antara trip yang terbaik sepanjang kami join trip shaklee. Pasti akan join lagi. InsyaAllah.

Kepada ahli Shaklee yang belum pernah join, usahakan sampai korang layak untuk join trip Shaklee. Memang berbaloi. Kepada yang bukan Shaklee member, kalau nak join member boleh contact saya kalau nak tau lebih lanjut. Cara-cara nak join boleh baca kat sini yer sayang.

dsc_0439

sayonara

Jalan-jalan Langkawi  kali ni memang terbaik. Sampai ketemu lagi di Edisi Shaklee National Incentive Trip yang lain yer . Bye bye.