Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Jadual Pam Susu Untuk Bayi Kuat Menyusu

Jadual Pam Susu Ibu Bekerja Berkesan Untuk Bayi Kuat Menyusu!

Cabaran penyusuan bagi seorang ibu yang berkerjaya sememangnya tidak sama seperti seorang ibu surirumah sepenuh masa yang sentiasa bersama dengan anak yang menyusu. Memang mencabar dan memerlukan kesabaran dan hati yang cukup cekal kan. Nak nak lagi ibu yang mempunyai Bayi Kuat Menyusu. Saya sendiri sangat kagum dengan ibu bekerja yang berjaya menyusukan anak mereka sehingga ke usia 2 tahun.

Cabaran Ibu Menyusu Yang Berkerjaya

  • Perlu konsisten mengepam ketika waktu pejabat untuk memastikan breast menerima rangsangan yang berterusan ketika tidak bersama bayi
  • Perlu membawa beg pam dan kelengkapan mengepam susu ulang alik ke pejabat setiap hari
  • Perlu berjaga tengah malam untuk bangun mengepam susu

Bayi Kuat Menyusu

Hanya mereka yang benar-benar CEKAL dan SABAR sahaja mampu melakukannya dengan gembira tanpa merungut. Secara jujurnya saya sangat kagum dengan mereka sebab saya tidak pernah melalui pengalaman seperti mereka kerana saya surirumah sepenuh masa sejak sebelum anak pertama saya lahir lagi.

Jadi pengalaman saya menyusukan kedua-dua anak saya dari persepsi seorang ibu yang 24/7 sentiasa bersama anak. Breastfeeding on demand sahaja. ^_^

Ok memandangkan sekarang semakin ramai ibu bekerja yang memilih untuk breastfeeding anak mereka, saya terpanggil nak kongsikan Jadual Pam Susu Ibu Bekerja. Saya petik dari blog IbuCergas.com. Barangkali boleh dijadikan panduan untuk bakal-bakal ibu di luar sana kan? 😉

Jadual Pam Susu Ibu Bekerja

Alhamdulillah jadual ini terbukti berkesan boleh meningkatkan kuantiti susu kepada beliau sendiri dengan syarat semua pesanan di bawah dipatuhi. Dengan jadual ini, meskipon anda seorang ibu yang asalnya ada susu sikit, insyaAllah boleh dapat susu yang banyak selepas ini nanti.

Objektif Mengepam Mengikut Jadual

  • Supaya kedua-dua breast mendapat rangsangan yang sekata
  • Supaya kedua-dua breast dapat dipam dan susu dapat disimpan sebagai stok
  • Supaya breast bekerja sama rata untuk mengelakkan berlakunya perbezaan saiz breast akibat “bekerja” tidak sekata.
  • Untuk mengelakkan bayi minum dari sebelah favourite breast sahaja. Akibatnya saiz breast ibu jadi tidak sama besar.

Selain daripada itu, ibu-ibu bolehlah melakukan POWER PUMPING apabila rasa prestasi dan kuantiti susu mula merosot terutamanya apabila:

  • waktu kerja yang agak sibuk menyebabkan jadual pam “lari” atau orang cakap “ke laut”. 😉
  • waktu bercuti panjang
  • waktu datang bulan (period/haid)


Cara Buat Power Pumping

Pam selama 1 jam setiap hari (waktu yang sama). Pam di waktu malam dan lakukan pada setiap malam selama 2 minggu.
Selepas 15 minit mengepam
Berhenti 10 minit
Pam lagi 15 minit
Berhenti lagi 10 minit
Pam lagi 15 minit
Berhenti lagi 10 minit
Pam lagi 15 minit
Maka cukuplah 1 jam mengepam.

InsyaAllah cuba amalkan selama 2 minggu setiap malam, jaga waktu makan vitamin, buat dengan istiqamah dan wajib minum air kosong 2-3 liter sehari. (WAJIB !!)

Ibu-ibu tidak perlu berlumba-lumba buat stok siapa paling banyak. Apa yang penting, kita semua dapat menyediakan dan menghasilkan susu secukupnya mengikut keperluan anak masing-masing. Ada bayi yang minum biasa-biasa aje…ada bayi yang kuat betul menyusu. Jadi keperluan bayi berbeza, maka ibu yang ada anak kuat menyusu sudah tentu perlu mengepam dan simpan stok yang lebih berbanding bayi yang minum biasa-biasa kan?

Jadi jangan stress bila tengok stok orang lain bertimbun sedangkan stok kita biasa-biasa aje. Allah jadikan setiap bayi dan tubuh kita tak sama kan..ada bayi kuat menyusu dan ada yang tak. Malah keperluan badan juga tidak sama. Bersyukurlah kita diberi peluang untuk menyusukan anak sendiri. Happy breastfeeding !

Set Menyusu Shaklee Paling Laris

Set menyusu

Set Menyusu Premium

Set Menyusu Bajet

Set Menyusu Bajet

 

Anda boleh pilih mengikut keperluan dan bajet anda.

Daftar keahlian anda untuk nikmati potongan harga sehingga 15%-20% seumur hidup.

Tidak perlu bersusah payah ‘survey’ harga sana sini lagi. Anda boleh buat pembelian menggunakan ID sendiri secara terus melalui online system Shaklee. Mudah kan?

Cara-cara DAFTAR AHLI SHAKLEE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.